Inkues Teoh: Wujud keraguan ‘nota misteri’

on Sep 21, 2010

inkuestbhSHAH ALAM: Pegawai penyiasat polis ASP Ahmad Nazri Zainal hari ini memberitahu Koroner Azmil Mustapha Abbas bahawa beliau menemui ‘nota misteri’ dalam beg sandang mendiang Teoh Beng Hock.
Katanya, ‘nota misteri’ ditemui ketika mendiang berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Julai 2009, sehari selepas Teoh didapati mati di tingkat lima Plaza Masalam, di sini.
‘Nota misteri’ diterjemahkan kepada bahasa Melayu bermaksud "Ean Yong, dalam keadaan tak menyalin fail dalam komputer saya mereka telah ambil komputer. Mereka asyik menyalahkan kamu. Minta maaf.
"Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu. Saya kata ‘mendapat kelulusan YB’. Mereka berdegil menaip menjadi ‘mengikut arahan YB’. Saya tak dapat membantu kamu, maaf. Minta maaf. Saya amat penat. Selamat tinggal".
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo mengesahkan bahawa pegawai Ahmad Nazri adalah individu utama yang menemui nota kontroversi itu.
‘Nota misteri’ itu dikhabarkan adalah satu nota bertulis terakhir mendiang sebelum "membunuh diri" dan ianya hanya dikemukakan kepada mahkamah pada hari ini.
“Hanya ada satu nota yang dikemukakan sebagai bukti pada mahkamah hari ini. Pegawai penyiasat memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyenaraikan nota itu sebagai antara bahan bukti yang ditemui dalam beg milik Teoh," kata Gobind.
Gobind berkata, nota itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Cina dan didapati turut mempunyai kesan cakaran daripada seseorang individu.
Pejabat Peguam Negara juga pada hari ini mengeluarkan kenyataan yang antara lain menyebut bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh Ahmad Nazri pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.
Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan keraguan di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik exco kerajaan Selangor tersebut.
"Seolah-olah telah dirancang" – Gobind
Gobind memberitahu pemberita mengenai keadaan yang berlaku yang menunjukkan seolah-olah sesuatu telah dirancang oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana bukti nota penting itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding perbicaraan.
"Saya akan memohon supaya inkues ini dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru tersebut yang disembunyikan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu pada 16 Julai tahun lalu.
Mahkamah menetapkan 14 Oktober depan untuk menyambung semula perbicaraan inkues tersebut.
FMT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List