Kritik polis: Wartawan TVS diarah beri keterangan

on Sep 21, 2010

tvselangorPETALING JAYA: Gara-gara mempersoalkan kewibawaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Nouvellas Visage Datuk Sosilawati Lawiya, dua wartawan TV Selangor hari ini diarah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Menyiarkan artikel "Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, mengapa tiada tindakan" dalam portal berita rasmi kerajaan negeri Selangor, wartawan Mohd Radzi Abdul Razak dan penyampai berita Zeanaaima Yusuf dipanggil bagi membantu siasatan.
Artikel itu menyiarkan berita mengenai dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin kononnya wujud hubungan pimpinan tertinggi polis dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya yang lain, yang bergelar ‘Datuk".
Shamsul dalam laporan itu turut mempersoal sama ada wujud pertalian antara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan suspek memandangkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam yang bergelar ‘Datuk’ itu walaupun mempunyai empat rekod berkait pembunuhan serupa.
Mereka hadir kira-kira 12 tengahari tadi dan disoal siasat Inspektor Saiful Paizi Zainol selama tiga jam dan diiringi peguam Samaruddin Md Rejab.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Radzi ketika dihubungi FMT berkata, beliau dan rakannya memberi kerjasama yang sepenuhnya terhadap polis dan menjawab kesemua 20 soalan yang ditanya.
Difahamkan polis akan meneruskan siasatan dan akan memanggil Pengarang Berita TV Selangor Mohd Hafiiz Mokhtar pula dalam masa terdekat.
Kenyataan Shamsul itu mendapat beberapa respon daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menyifatkannya sebagai tuduhan yang hanya ingin merosakkan imej serta perjalanan tugas badan keselamatan negara demi kepentingan politik peribadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam responnya turut menyelar dakwaan yang dibuat oleh Shamsul dan menyifatkannya satu kenyataan paling merepek pernah didengarnya.
FMT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List