Adakah Anwar yakin dapat menguasai PutraJaya

on Apr 2, 2011




"Kepada semua para pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan ahli-ahli bawahan sila ambil perhatian dengan artikal ini.Kemaraan dan kekuatan pembangkang sejak 3 tahun ini amat menakutkan kerajaan UMNO-BN disertakan dengan kematangan rakyat terhadap isu politik negara. Dipendekkan cerita UMNO-BN begitu tidak bersedia untuk tewas atau ditumbangkan dalam PRU-13 akan datang.

Oleh itu mereka sekarang ini bermati-matian berkerja siang malam dalam mencari serta mencipta helah atau tipu daya dalam usaha untuk terus berkuasa.Instrumen kerajaan seperti Polis, badan kehakiman, SPR, SPRM dan banyak lagi kini telah dijadikan komponen mereka bagi memastikan UMNO-BN terus berkuasa pada PRU-13. 

Dan kita perlu faham bahawa badan-badan kerajaan tersebut sedang dikerahkan secukup-cukupnya bagi mengukuhkan kedudukan UMNO-BN selaku kerajaan pemerintah. Oleh itu seperti yang selalu dilaungkan oleh Anwar Ibrahim serta kepimpinan PR bahawa mereka akan menguasai PutraJaya pada PRU-13 adalah suatu perkara yang begitu sukar sekali jika diambil kira dengan apa yang sedang dilakukan oleh UMNO-BN sekarang ini. 

Lihat sajalah kes liwat yang dihadapinya dan ditambah pula dengan kes video seks yang terbaru menunjukkan kerajaan UMNO-BN begitu terdesak sekali untuk berhadapan dengan beliau maka segala kerja-kerja haram dihalalkan demi untuk terus mempertahankan kuasa mereka.

Adakah PR yakin akan menang pada PRU-13 dengan keadaan sistem yang begitu meragukan sekali jauh untuk dipercayainya.Sama-samalah kita fikir dan renungkan cabaran getir yang bakal dihadapi oleh PR pada PRU-13 nanti. " 

http://www.detikdaily.net



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List