Hentian Puduraya beroperasi 16 April

on Apr 2, 2011

puduraya bus station 260908 02
Hentian Puduraya akan memulakan operasinya pada 16 April ini dengan kemudahan yang disediakan hampir setanding dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pemaju Uda Holdings Berhad yang akan memastikan semuanya siap mengikut jadual kali ini.

"Pada 16 April ini saya akan turun (ke Hentian Puduraya). Pada laporan yang saya terima persiapan berjalan dengan baik. Dalam dua minggu ini saya yakin kerja-kerja utama akan siap," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula 1 Mac lalu selepas kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009, namun ditangguhkan sehingga 16 April ini bagi membolehkan pemaju menyiapkan kerja yang terbengkalai. 

Raja Nong Chik berkata kemudahan yang disediakan di Hentian Puduraya akan memberi keselesaan kepada pengguna selain lokasinya yang strategik dan berintegrasi dengan pengangkutan awam lain.

Beliau berkata meskipun kemudahan yang disediakan tidak 100 peratus seperti TBS-BTS, ia tetap akan memberi keselesaan kepada orang ramai.

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List