Pornthip : 'Teoh Beng Hock Dicekik Sebelum Jatuh'

on Apr 2, 2011







KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Pakar patologi Thai, Dr Pornthip Rojanasunand bersependapat dengan pakar forensik Britain Prof Dr Peter Vanezis bahawa Teoh Beng Hock masih bernyawa.

Namun katanya, beliau tetap mempertahankan hujahnya bahawa kesan tanda merah di sekeliling leher mangsa pembantu politik itu adalah akibat dicekik.

Menurut beliau, kesan merah itu amat ketara pada bahagian kiri leher Teoh pada bedah siasat pertama meskipun tubuh mangsa telah dijahit semula.

Pakar patologi dari Thai itu tidak menjalankan bedah siasat pertama tetapi hadir sebagai pemerhati pada bedah siasat kedua.

Pornthip, 56, yang tiba hari ini dan diberi kawalan ketat berkatakontusi pada sebelah kiri leher Teoh menunjukkan mangsa dicekik.

Tegasnya, terdapat tiga senario di mana kontusi boleh berlaku.

    *dicekik dengan menggunakan tangan,

    *leher mangsa dipukul dengan objek tumpul,

    *ataupun leher mangsa ditekan kepada objek atau kedua-duanya sekali.

Katanya, tanda seperti bentuk syiling di leher Teoh adalah akibat tekanan jari atau objek bulat dan kejelasan tanda itu mengikut Pornthip bergantung kepada tekanan yang digunakan.

"Teoh berkulit cerah jadi kesan tanda lebam ini boleh dilihat dengan jelas,” kata saksi itu.

Beliau juga memberikan beberapa contoh tentang bagaimana kecederaan di leher akibat dicekik yang mempunyai tanda-tanda lebam yang sama.
-malaysiakini-

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List