Wan Azizah, Nurul Izzah perlu bersumpah laknat
KUALA LUMPUR 1 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melakukan sumpah laknat dengan segera bagi menafikan 'pelakon' dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' itu adalah suaminya.
Tindakan itu perlu dilakukan kerana pihak polis telah mengesahkan video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, jika Dr. Wan Azizah gagal berbuat demikian, ia bererti Presiden PKR itu bersuhabat dengan suaminya bagi menutup kebenaran skandal video seks tersebut.
Farahana juga menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengambil tindakan yang sama jika yakin bapanya tidak terlibat dengan skandal itu.
"Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu membersihkan diri daripada persepsi bahawa mereka sebenarnya bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.
"Kegagalan bersumpah memberi gambaran yang mereka cuba menyelamatkan Anwar meskipun bukti tidak berpihak kepada ketua pembangkang itu," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti itu adalah tulen dan rakaman video tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
Pengesahan itu sekali gus menutup tuduhan pihak pembangkang kononnya video yang memaparkan aksi seks pemimpin kanan pembangkang tersebut telah dipalsukan bagi membunuh karier politik individu berkenaan.
Mengulas lanjut, Farahana berkata, jika Dr. Wan Azizah dan anaknya sanggup melakukan sumpah laknat, ia membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pemimpin yang berintegriti dalam menegak kebenaran.
"Ini penting bagi melayakkan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah menganggotai suruhanjaya diraja jika ia ditubuh oleh kerajaan kelak," jelasnya.Sumber:UM Online
Laknat menurut Islam
"Laknat kau!", biasa kita dengar kalimat ini terpacul dari mulut orang kita. kadang-kadang ucapan itu hanya sekadar gurauan atau bersahaja. namun, apakah pandangan Islam tentang penggunaan kalimah laknat ini?
Sebenarnya, dalam Islam, laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg memang telah dilaknat dalam al-Quran atau Hadis. sebagai contoh, Firaun, Haman dan Qarun yang sememangnya disebutkan dalam al-Quran. mereka ini telah dilaknat oleh Allah kerana kekufuran mereka. sebagaimana firman Allah:
لعن الذين كفروا من بني إسرائل على لسان داود وعيسى ابن مريم
" Dilaknat golongan kafir dari Bani Israil atas lidah Nabi Daud dan Isa ibn Maryam..."
Adakah boleh kita melaknat sesama kita? Sebenarnya, ulama melarang penggunaan kalimah laknat terhadap orang lain terutamanya orang yg masih hidup. ini kerana laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg benar2 dijanjikan akan dicampakkan ke dalam neraka sebagaimana golongan yg ana sudah sebutkan sblm ini. menurut ulama, dengan penggunaan kalimah laknat itu sebenarnya seolah-olah kita mendoakan supaya orang itu masuk ke dalam neraka. sedangkan setiap waktu pintu taubat masih terbuka untuk mereka dan bagi org islam, mereka mengerjakan solat dan sentiasa memperbaharui iman mereka melalui tasyahud. adakah wajar kita 'menghukum' mereka itu dengan ucapan laknat?
Dalam kes sumpah laknat pula, tiada dalam nas penggunaan sumpah laknat dalam kes2 selain kes li'an. Li'an adalah sumpah si suami di depan hakim bahawa isterinya telah melakukan zina dan dia bersumpah sebanyak 5 kali termasuk sumpah yg terakhir, bahawa dia akan dilaknat Allah sekiranya dia berbohong. Jadi, sumpah laknat yg dilaksanakan selain kes li'an tidak boleh dijadikan hujah untuk menghukum atau menjatuhkan pihak lain.
Semoga kita menghindari lidah kita daripada terlalu mudah melafazkan laknat terhadap seseorang.
Laknat menurut Islam
"Laknat ko!", biasa kita dengar kalimat ini terpacul dari mulut orang kita. kadang-kadang ucapan itu hanya sekadar gurauan atau bersahaja. namun, apakah pandanganIslam tentang penggunaan kalimah laknat ini?
Sebenarnya, dalam Islam, laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg memang telah dilaknat dalam al-Quran atau Hadis. sebagai contoh, Firaun, Haman dan Qarun yang sememangnya disebutkan dalam al-Quran. mereka ini telah dilaknat oleh Allah kerana kekufuran mereka. sebagaimana firman Allah:
لعن الذين كفروا من بني إسرائل على لسان داود وعيسى ابن مريم
" Dilaknat golongan kafir dari Bani Israil atas lidah Nabi Daud dan Isa ibn Maryam..."
Adakah boleh kita melaknat sesama kita? Sebenarnya, ulama melarang penggunaan kalimah laknat terhadap orang lain terutamanya orang yg masih hidup. ini kerana laknat hanya boleh diucapkan kepada golongan yg benar2 dijanjikan akan dicampakkan ke dalam neraka sebagaimana golongan yg ana sudah sebutkan sblm ini. menurut ulama, dengan penggunaan kalimah laknat itu sebenarnya seolah-olah kita mendoakan supaya orang itu masuk ke dalam neraka. sedangkan setiap waktu pintu taubat masih terbuka untuk mereka dan bagi org islam, mereka mengerjakan solat dan sentiasa memperbaharui iman mereka melalui tasyahud. adakah wajar kita'menghukum' mereka itu dengan ucapan laknat?
Dalam kes sumpah laknat pula, tiada dalam nas penggunaan sumpah laknat dalam kes2 selain kes li'an. Li'an adalah sumpah si suami di depan hakim bahawaisterinya telah melakukan zina dan dia bersumpah sebanyak 5 kali termasuk sumpah yg terakhir, bahawa dia akan dilaknat Allah sekiranya dia berbohong. Jadi, sumpah laknat yg dilaksanakan selain kes li'an tidak boleh dijadikan hujah untuk menghukum atau menjatuhkan pihak lain.
Semoga kita menghindari lidah kita daripada terlalu mudah melafazkan laknat terhadap seseorang. Amin.
Wallahu A'lam....
0 comments:
Post a Comment