Kabinet Kuwait letak jawatan

on Apr 2, 2011

BANDAR KUWAIT: Amir Kuwait telah menerima peletakan jawatan kabinetnya selepas penggubal undang-undang cuba menyoal siasat tiga menteri daripada keluarga yang memerintah itu.


Sheikh Sabah al-Ahmed alSabah, yang memerintah negara pengeluar minyak kelima terbesar Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) itu, meminta kabinet meneruskan peranannya sebagai pemerintah sementara hingga satu pemerintah baru dibentuk, lapor Agensi Berita Kuwait.Beliau mungkin melantik semula Perdana Menteri Sheikh Nasser al-Mohammed al-Sabah atau memilih seorang ketua pemerintah baru.


Peletakan jawatan itu, yang keenam dalam pemerintah yang diketuai Sheikh Nasser sejak 2006, membayangkan ketegangan antara cawangan eksekutif dengan perundangan, sedang penggubal undang-undang mencari peranan lebih luas dalam menggubal dasar.Ia juga datang ketika bantahan melanda Timur Tengah dan dua minggu selepas kaum Syiah di Kuwait berarak bagi menyokong pemberontak di Bahrain yang menuntut demokrasi dan kesamaan.

Jika Sheikh Nasser dilantik semula, 'pilihan terbaik, paling cepat dan paling selamat ialah menyelaras semua lingkungan politik dalam membentuk kabinet baru ini,' kata seorang ahli ekonomi bebas Kuwait, Encik Hajjaj Bu Khudour.'Jika mereka menolak, satu cara ialah pilihan raya parlimen baru,' ujarnya.Proses soal siasat itu termasuk yang difailkan seorang penggubal dasar Syiah, Encik Saleh Ashour, terhadap Menteri Luar, Sheikh Mohammed al-Sabah, atas tudahan beliau gagal menghalang penyiar milik kerajaan Bahrain menyiarkan sebuah rancangan yang mengkritik Kuwait.

Sekitar 1,000 penganut Syiah Kuwait berarak di Bandar Kuwait 17 Mac lalu bagi menunjukkan perpaduan dengan pemberontak di Bahrain, yang kebanyakannya kaum Syiah.Kuwait, yang sekitar 30 peratus penduduknya Syiah, menghantar pasukan laut ke Bahrain sebagai sebahagian kerahan Majlis Kerjasama Teluk bagi menyokong pemerintah Bahrain dalam mengawal pemberontakan.Pemberontak di Kuwait turut mengadakan beberapa perhimpunan mendesak Sheikh Nasser dan kabinet berundur. -- Agensi.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List