Rapat Umum Pakatan Rakyat

on Dec 5, 2011




Hujan lebat malam tadi tak menghalang ribuan para hadirin penyokong menghadiri rapat umum Pakatan Rakyat yang diadakan di stadium Malawati Shah Alam. Rapat umum tersebut menjawab segala tohmahan yang dilaungkan sepanjang perhimpunan agung Umno yang baru selesai.

Ramai pimpinan PR yang hadir tadi termasuklah Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Azizi dan Haji Hadi, Lim Kit Siang, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, A Samad Said, dan lain-lain. Berikut antara sedutan menarik ucapan para pemimpin.


  • Lansung tiada agenda wawasan Melayu yang dibentangkan sepanjang perhimpunan Umno, hanya maki hamun pakatan rakyat saja - Azmin Ali.
  • Saya tak pernah kata nak robohkan penjara di Johor, tetapi saya katakan akan merobohkan kezaliman Umno, mereka memang kuat pembohong - Azmin Ali.
  • Muhyiddin perlu buktikan dan tunjukkan siapa bila dan di mana adanya pemimpin DAP yang menggesa pilihanraya memilih jawatan Perdana Menteri diadakan. Ini berikutan tohmahan Muhyiddin yang mengatakan DAP mahu menjadikan negara Malaysia sebuah negara Republik - Lim Kit Siang.
  • Jika tak dapat buktikan bermakna dia pembohong dan perlu minta maaf pada DAP - Lim Kit Siang.
  • Saya berikrar sejak hari pertama saya berucap di Parlimen pada tahun 1975 akan menjunjung konsep raja berparlimen negara kita, DAP lah antara yang membantah tindakan menghapuskan keistimewaan raja-raja sebelum ini - Lim Kit Siang.
  • Umno menghina Kerajaan kelantan bahawa tiada pembangunan dibuat oleh PAS, adakah Umno pernah memikirkan Kerajaan Rasulullah membuat berbagai pembanggunan di Madinah. Jika pembangunan yang menjadi titik ukur utama, maka adakah Umno mahu mengatakan Kerajaan Rasulullah gagal? - Nik Aziz.
  • Umno tuduh Pas menjadi kuda tunggangan DAP sedangkan Umno menjadi lembu tundangan Sharizat. Umno juga diperkudakan oleh MCA apabila takut melaksanakan Islam - Haji Hadi.
  • Kita akan daulatkan Bahasa Melayu ke tahap yang paling tinggi yang tidak pernah diadakan oleh pemerintahan Umno selama 54 tahun memerintah - Anwar Ibrahim
  • Negeri Selangor mencatatkan prestasi pengurusan terbaik dalam laporan Aubit Negara, begitu juga kesemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, apa lagi bukti nak mengatakan Pakatan Rakyat tak mampui memerintah - Azmin Ali
  • Pemimpin adalah kuli manakala taukehnya adalah Rakyat, jika rakyat tak suka dengan pemimpin, maka tukar saja pemimpin yang ada, itu jaminan Pakatan Rakyat, apa Umno berani kata begitu - Khalid Ibrahim
Banyak lagi sedutan menarik sepanjang ceramah rapat umum tadi, ringkasnya PR amat komited mahu merubah negara kepada sebuah negara yang lebih maju dan membangun serta pembahagian hasil negara secara lebih menyeluruh, adil dan telus. 


Lihat koleksi gambar di sini


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List