Sidang Umno terakhir sebelum Putrajaya jatuh?

on Dec 5, 2011

http://photos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs126.snc3/17352_101582396540471_100000661320271_45690_4091153_n.jpg



ADALAH benar Perhimpunan Agung Umno ke 64 bermula 29 Nobember lalu adalah yang terakhir sebelum PRU 13, tetapi ia lebih menjurus kepada menghadapi Anwar Ibrahim dari penghadapi masalah parti itu dan pilihan raya yang bakal dihadapi itu. 

Mesyuarat agung bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan, baik ia diadakan sekali setahun atau dua  tahun sekali, selain dari memenuhi kehendak undang-undang adalah satu acara muhasabah bagi mengkaji kelemahan dan kekuatan organisasinya.



Kalau tidak pun atas sebab kehendak undang-undang, ia wajar berhimpun bagi memeriksa apa yang telah dibuatnya setahun lalu sebagai persiapan lunjakan kerja setahun akan datang atau masa-masa mendatang. Apa kelemahan dan kegagalan setahun lalu dan apa pula kekuatan dan kejayaannya. Dari  situ ia  akan tahu kelemahan dan kekuatannya.


Tetapi bermula dari perasmian ketiga-tiga sayapnya – Wanita, Pemuda dan Puteri – ia dilambakkan dengan menghadapi Anwar Ibrahim yang ditendangnya dari UMNO hujung tahun 90an  dulu. Sudah lebih sepuluh tahun Anwar  tidak ada dalam UMNO, ia masih dihantui oleh bayang-bayang ketua pembangkang itu.
Keseluruhan ucapan perasmian sayap-sayap itu oleh Mahyuddin  Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO, baik menyentuh soal dalaman parti dan luaran adalah dikaitkan dengan Anwar.


Serangan, kecaman dan  hasutannya terhadap DAP, belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO dalam perhimpunannya sebelum ini, ada hubungannya kesan politik kerjasama Anwar dengan parti itu.
Kecaman Muhyiddin terhadap PAS adalah yang seketara sikap Dr. Mahathir sepanjang pimpinannya dulu. Serangan yang keras itu adalah disebabkan PAS menjadi sekutu kuat Anwar.
Sebelumnya PAS dan DAP adalah terkepung  dalam pagar tebal yang dibina UMNO, tetapi pagar itu telah dipecah  dan dirempuh dengan kedagangan Anwar. Kalau Anwar tidak datang, pagar itu tetap digegar, tetapi dengan penampilan bersama Anwar dengan mereka mempercepat ia roboh. Justeru robohnya pagar itu telah mara mereka menuju Putrajaya.


Maka bagai hendak pecah kepala Muhyiddin menumpukan sepenuh ucapannya mengerah hulubalang Pemudanya, serikandi Wanitanya  dan permata Puterinya bagi mengepung soldadu Pakatan Rakyat bersama Anwar yang sudah meninggal jauh pagar roboh  di belakang untuk memasuki tembok Putrajaya.
Kerana tumpuannya kepada Anwar lalu tidak dipedulikan segala retak dan sompek dalam partinya. Dalam responsnya, ketua serikandinya berlepas diri dari skendal lembu suaminya, bertumpu kepada persoalan Anwar juga.


 Seolah-olah Anwar jadi tema pidatonya di tengah wanita bertudung merah. Habis tenaganita perwakilan dan pemerhati bertepuk tangan di celah suara dan pidatonya mengenai persepsinya yang menyeluruh tentang Anwar.
Dibiarkannya  hantu dan bangkai lembu yang dilambakkan kepadanya kepada suami dan anak-anakinya. Dia marah kepada Zuraidah PKR yang tidak marah kepada isteri Anwar kerana isteri Anwar membela suaminya.
Zuraida suruh ketua Serikandi UMNO itu letak jawatan tapi  tak  suruh isteri Anwar letak jawatan. Ketua Serikandi tak peduli tentang suaminya dengan lembu-lembunya, tidak bela suaminya. Isteri Anwar peduli dengan masalah suaminya  dan dia bela suaminya.


Shahrizat  Jalil marah Zuraida suruh dia berhenti tetapi tidak marah Bung Mokhtar yang lebih dulu  dari Zuraida suruh  dia berhenti. Mengapa? Zuraidah membela Anwar dan Bung Mokhtar tiada hubungan dengan Anwar.
Muhyiddin lantik Ketua Pemuda jadi ketua Hulubalang saja. Tidak jadikan dia Panglima. Agaknya panglimanya Muhyidin sendiri.


Maka sebagai ketua Hulubalang, habis segala ilmu yang dipelajarinya di Universiti Oxford dan  pengalamannya membentu mertuanya dugunakan untuk membuat ucapan mengenai Anwar kepada perhimpunan partinya. Dia membuat reserach dan homework bagi memastikan hujahnya kuat  tentang Anwar.


Cukuplah dengan tiga orang penting UMNO – Muhyiddin, Shahrizat  dan Khairy Jamaluddin – mengepalai pembengangan tentang Anwar. Tentulah yang lain-lain terarah kepada topik yang sama.
Mengapa Perhimpunan Agung UMNO tertumpu kepada Anwar saja? Apakah Anwar  saja masalah besar kepada UMNO dan kerajaan? Atau sidang itu dirasakan yang terakhir sebelum jatuh Putrajaya?


Oleh Subky Latif

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List