Pilih PR dengan keyakinan

on Nov 12, 2012






SUDAH lebih empat tahun Pakatan Rakyat (PR) terbentuk dan memerintah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Selama empat tahun inilah ungkapan perjuangan PR untuk rakyat dibuktikan dengan pelaksanaan dasar yang selama ini didambakan semua pihak.

Memang, tidak semua yang ingin dilaksanakan sudah terlaksana. Tetapi asasnya sudah dibina menjadi lakaran untuk pemerintahan kerajaan PR pada masa akan datang khususnya pada peringkat nasional.

Dengan empat tahun ini juga, kerajaann PR berupaya menyaingi pencapaian kerajaan BN yang lebih lama memerintah baik di negeri yang diperintah BN sebelum 2008 mahupun yang masih diperintah BN hingga kini...

Melihat pada senario politik semasa, ditambah pula dengan budaya politik UMNO BN yang bersifat perkauman dan fitnah, apatah lagi dengan kekuatan jentera BN yang terus menyerang negeri PR, jika dilihat prestasi kerajaan PR ini, ia sememang satu pencapaian yang luar biasa.

Ini menjadi satu simbol keupayaan PR dalam meyakinkan rakyat khususnya penyokong dan pengundi.

Realiti pencapaian kerajaan PR

Pencapaian dan kejayaan ini bukanlah kata-kata retorik ahli politik, ia bukan imej tampalan yang dibuat jentera propaganda PR malah ia bukan manipulasi data atau fakta kerajaan negeri sebaliknya semua pencapaian ini diperakui dan disahkan oleh institusi bebas baik diperingkat domestik mahupun antarabangsa. 

Buktinya, Transparency International (TI) memuji mengenai dasar kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng. TI juga mengakui keberkesanan ‘good governence’, dasar ketelusan terutamanya dalam aspek tender terbuka.

Begitu juga dengan laporan Ketua Audit Negara. Laporan ini mengesahkan prestasi kerajaan negeri sejak 2009 hingga 2011 bahawa pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang antara yang terbaik, termasuk negeri termaju di Malaysia iaitu Selangor yang dipimpin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagi Kedah dan Kelantan, sistem urus tadbir juga kekal cekap tanpa ada skandal rasuah atau ketirisan berlaku dalam pengurusan aset kerajaan negeri.

Semua pencapaian ini menjadi lebih bermakna apabila negeri PR yang kurang sumber alam mampu menjadi lebih efisien daripada  negeri yang diperintah BN dengan sumber alam yang jauh lebih banyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak yang kaya dengan gas, minyak dan balak.

Apakah makna semua ini?

Tanpa berlagak sombong, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai aset bernilai sepertimana UMNO BN yang lebih lama dan berpengalaman menjadi sebuah kerajaan. PR juga memiliki pakar ekonomi, pakar kesihatan, pakar dalam bidang pembangunan sosial, pakar dalam urusan keagamaan dan pakar dalam bidang kebudayaan yang mana semua aset PR ini adalah ramuan lengkap untuk PR memimpin sebuah negara yang lebih bermaruah dalam membangunkan bangsa Malaysia.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang sudah semakin celik maklumat. Kadar buta huruf sudah menjadi sejarah, begitu juga dengan hal akses kepada kemajuan. Namun demikian, mereka bukan saja memerlukan prospek pembangunan fizikal yang lebih mapan sebaliknya keinginan rakyat Malaysia yang mahu dilayan sebagai rakyat yang bermaruah dan penuh keprihatinan.

Rakyat tidak mahu lagi ditakutkan dengan bayang-bayang perkauman, rakyat sudah muak dengan politik kebencian, rakyat juga sudah jemu dengan sistem kroni malah rakyat semakin jijik dengan aktiviti rasuah. Mereka mahu dinilai oleh kerajaan berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka, mereka mahu bebas bersaing dalam segala bidang. Malah orang Melayu sudah tidak mahu lagi bergantung hidup dengan kerajaan, mereka mahu ruang untuk berdikari.

Namun hingga kini, kerajaan BN masih tidak memahami aspirasi rakyat sebaliknya mereka terus menyogok minda dan kehidupan rakyat dengan menabur janji dan wang bagai memberikan ayam makan.

Undi dengan kesedaran

Dan di sinilah perbezaan yang dibawa PR dalam melaksanakan agenda perubahan untuk semua. Perubahan ini membabitkan sistem urus tadbir agensi, hal ehwal pendidikan, sosial dan juga pendekatan ekonomi dan sebagainya.

Rakyat perlu disedarkan bahawa mereka mengundi bukan untuk memperjudikan nasib negara dan masa depan mereka sebaliknya mereka mengundi untuk memastikan taraf hidup mereka meningkat dalam semua aspek lebih-lebih lagi dalam aspek penting seperti pendidikan dan ekonomi. Peningkatan taraf hidup ini pastinya bertujuan untuk kehidupan yang lebih stabil dan berjaya. Maka mengundilah kerajaan Pakatan Rakyat dengan penuh keyakinan di dada. 

 roketkini.com




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List