Pilihan Raya Umum ke 13 diadakan tahun ini? Ya, nalar kuat mengatakan begitu kerana kalau diadakan tahun hadapan pasti akan tercatat dalam sejarah negara, satu-satunya pilihan raya umum di Malaysia diadakan sehingga rapat ke dinding ialah di zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bahkan dikhuatiri akan menjadi bualan umum, PM takut untuk menghadapi PRU sehingga terpaksa melambatkan tarikh sampai ke penghujung penggal.
PRU 1999 di zaman Tun Dr Mahathir juga agak lambat, tapi tidak sampai kepenghujung penggal seperti sekarang. Dan kelambatan waktu itu seperti diketahui umum ialah disebabkan Umno menghadapi krisis politik yang teruk ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Api reformasi kemudiannya menyala, Umno berada dalam posisi cemas kerana sebahagian besar pemimpin dan pendokong parti itu keluar Umno dan menubuhkan parti KeAdilan.
Ketakutan dan kekhuatiran Dr Mahathir untuk mengadakan pilihan raya waktu itu ternyata munasabah. Parti Umno yang dipimpin beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Undi orang Melayu berpecah menjadi tiga iaitu kepada PAS, setia kepada Umno dan parti yang baru ditubuhkan KeAdilan. Pendokong KeAdilan rata-rata daripada kalangan Umno.
Apa pula rasional Najib melambat-lambatkan pembubarkan parlimen seterusnya mengadakan PRU Ke 13? Barangkali Perdana Menteri ke enam itu terasa khuatir, lebih daripada rasa kekhuatiran yang dialami Dr Mahathir pada tahun 1999.
Pilihan Raya Umum 1999 menyaksikan pencapaian Umno terjejas. Undi yang diperolehi Umno di seluruh negara merudung. Umno kecundang di Terengganu, sementara Kelantan kekal di tangan PAS. Akan tetapi komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti kolosi mereka di Sabah dan Sarawak tidak terjejas. Aroma ferormasi yang ditiupkan Anwar Ibrahim hanya terkena Umno saja, yang lain tak terlibat.
Namun sekarang, senario politik jauh berbeza berbanding 1999. Barisan Nasional hakikatnya sudah beratakkan. Gerakan, MCA tidak lagi mendapat sokong majoriti orang Cina. Hanya MIC agak sedikit pulih kerana ramai diantara ahlinya kembali menyokong BN, namun perubahan yang tak diduga ialah senario terbaru politik di Sabah mutakhir ini.
Menurut teman saya lagi, situasi dan kondisi seperti ini menyamai suasana yang dilihatnya saat Parti Bersatu Sabah (PBS) menumbangkan kerajaan Berjaya suatu masa dulu.
Sementara di kawasan majoriti Cina seperti Kota Kinabalu dan Sandakan sokongan masyarakat Tiong Hwa jelas kepada Pakatan Rakyat Kawasan etnik Kadazan, Dusun, Murut seperti Keningau dan Pensiangan juga turut memberi isyarat jelas menolak BN.
Hanya kawasan bumiputera bukan Kadazan Dusun Murut seperti di libaran, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Semporna dan Tawau yang majoritinya ditandingi Umno masih lagi sukar membuat ramalan. Namun buih-buihnya sudah ada, ombaknya saja belum tampak.
Teman saya itu kemudiannya membuat kesimpulan: Setakat hari ini bacaan yang dibuat, Sabah akan tumbang jika pertandingan satu lawan satu.
Senario politik di Sabah agak berbeza dengan Semenanjung. Sabah sejak merdeka melalui Malaysia sudah banyak kali bertukar kerajaan. Pada 1976 Datuk Haris Salleh dan Datuk Salleh Sulung meninggalkan Usno, tubuh Berjaya, menyebabkan kerajaan negeri Sabah yang pimpin Usno tumbang.
1984, Datuk Pairin Kitingan dan Mark Koding pula meninggalkan Berjaya dan menubuhkan Parti Bersatu Sabah (PBS), kerajaan negeri Sabah pimpinan Berjaya tumbang.
1994, Datuk Lajim Ukin dan Robin Balang meninggalkan PBS dengan menyertai Umno, kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS pula tumbang. Dan sekarang menjelang PRU 13 (2012) Datuk Lajim Ukin dan Bumburing meninggalkan Umno, sertai Pakatan Rakyat, nasib Umno belum diketahui, namun daripada urutan fakta itu ternyata ia memberikan gambaran yang menakutkan presiden Umno.
Teori mudah yang diberikan umum ialah; jika Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kerusi yang dimilikinya sekarang dan dengan bantuan kerusi baru dari Sabah, sementara beberapa kerusi Sarawak sebagai bonus, maka Pakatan Rakyat sudah boleh menduduki Putrajaya.
Jika ia ramalan itu menjadi realiti ternyata nyawa BN berada di hujung tanduk. Dan inilah yang sangat mengkhuatirkan Perdana Menteri Najib Razak untuk membubarkan parlimen, seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum 13.
Oleh: Rossem
0 comments:
Post a Comment