Maaf Cakap! Tindakan & Aksi Yang Bakal Menjahanamkan DS Najib Razak

on Nov 12, 2012






Tatkala BN tengah berhempas-pulas memenangi hati pengundi cina, timbul pula tindakan 'gila glamour' yang telah menimbulkan rasa meluat, cemuh tidak mustahil juga ada rakyat yang benci melihat tindakan DS Rosmah Mansur yang duduk di tengah-tengah di antara pasangan pengantin baru Lee Chong Wei & Wong Mei Chu sehingga membataskan pasangan pengantin untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

Ahhh...

Saya tiada masalah sama ada Datin Rosmah Mansur hendak duduk di tengah, celah atau pun bersila di dalam majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara ini.

Saya bermasalah apabila tindakan ini telah memberi ruang untuk pembangkang mencipta persepsi buruk ke atas DS Najib Tun Razak, sekaligus menbangkitkan rasa benci rakyat untuk menolak kerajaan.

Itu saya selalu kata, DS Najib Tun Razak cukup tip top dalam melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dalam memastikan segala janji-janji yang dilakukan ditunaikan menjelang pilihanraya umum.

Tapi semua hasil usaha dan dasar tranformasi yang diusahakan selama 3 tahun bagi memastikan kerajaan hari ini terus relevan sering kali musnah dengan sekelip mata disebabkan tindakan isteri atau kenyataan-kenyataan para menterinya sendiri.

Maaf cakap!

Sudah-sudahlah Datin! - Janganlah selalu beri ruang kepada pembangkang! - Dalam bahasa mudah faham, tolong jangan terlalu menyusahkan kerajaan dengan tindakan 'gila glamour' Datin!

Agaknya Datin punya blogger tak beri khidmat nasihat, apa tindakan yang boleh dan tak boleh dibuat dalam situasi sekarang ini?

Jika tindakan dan aksi-aksi yang boleh membangkitkan rasa meluat rakyat terus-menerus dilakukan, saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT merahmati DS Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara selepas PRU13 akan datang.


DOUBLE - Y

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List