Azwanddin sanggup terima cabaran Nazri Tan Sri Aziz tapi bukan di Padang Rengas tapi di Bukit Bintang http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/11/azwandin-sahut-cabaran-nazri-aziz.html
Semakin panas perang mulut antara Presiden Jaringan Melayu Malaysia dengan Nazri Tan Sri Aziz dengan penerimaan cabaran bertanding dalam PRU 13 akan datang. Azwanddin yang telah digelar oleh Nazri Tan Sri Aziz sebagai politik jalanan menerima cabaran untuk beradu kekuatan di Bukit Bintang. Ada yang mengatakan Nazri sudah usang dalam politik hari ini dan ini digambarkan dalam laman www.aku-tak-peduli.blogspot.com.
Adakah benar Nazri tidak lagi relevan kerana anaknya dikatakan mempunyai hubungan dengan Micheal Chia yang dikatakan membawa masuk 40 juta ke Sabah yang dikatakan sebagai sumbangan politik.
Adakah ini akan memberi kesan negatif kepada UMNO dan Barisan Nasional sekali? Sekiranya benar adakah Nazri akan dipilih sebagai calon Barisan Nasional. Kalau dari sudut calon jangka menang di Padang Rengas - tidak syak beliau akan dipilih sebagai wakil MP UMNO tetapi apa kesan terhadap UMNO keseluruhan kepada mereka yang membaca dan membuat andaian politik mengenai Nazri.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwandin Hamzahmenyahut "cabaran" Nazri Aziz saperti yang dilaporkan DISINI untuk bertanding di PRU13 tapi dengan satu syarat...Jom bertanding di Parlimen Bukit Bintang dan bukan diParlimen Padang Berlengas...ooops! Padang Rengas.Nazri lu ada berani ka?
Ha ha ha...nampak gaya acara Berbalas Pantun antara dua peserta pantun ini macam takkan ada hujungnya ditambah pulak dengan BATU API macam AKU dan lain lain blogger makin memanaskan suasana.
Aku petik sikit apa yang Nazri ulas di Sinar Harian...
“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya."
Kah Kah Kah..
Sebagai BATU API SEPENUH MASA aku suka nak tenguk apa pengakhiran episod dua manusia GEDEBE ni....terutamanya si Nazri.Kah kah kah...
Saya Aset Bukan Liabiliti - Nazri Aziz
0 comments:
Post a Comment