ANALISIS AWAL : BN MENANG PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK.....

on Apr 15, 2011

Salam Perjuangan...

azlanSenang cerita analisis terkini menunjukkan BN akan menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011.

Terima kasih Pakatan Rakyat atas maklumat jangkaan pola pengundian serta perincian kajian sikap yang diberikan (klik sini). Anda memudahkan tugas jentera BN bagi menumpukan serangan terakhir kami untuk meranapkan Pakatan BOHONG Rakyat & pembangkang.

Kononnya data ini dari "sumber dalaman" UMNO... tapi datanya agak berbeza ya dari yg asli... he he he. Inilah gerak saraf perang saraf yang dimainkan Pembangkan... sebenarnya ini adalah analisa mereka sendiri dan mereka sebenarnya nak melemahkan semangat serta mengalih perhatian kita... usah khuatir... anggap ini positif saja...
Yang jelas Pakatan mensasarkan untuk meraih kemenangan di kawasan majoriti cina... kerana analisa mood cina sepanjang PRK lalu Cina tetap mengundi pembangkang walaupun kerajaan dah bekorban dan beri macam-macam...

Kepada kaum cina Sarawak jangan terlampau suka dengan janji DAP dan rasa seronok mengundi pembangkang... benar UMNO telah banyak mengalah beri macam-macam pada kaum cina... kita cuba macam-macam tarik undi kaum cina... kalau PRN Sarawak ini undi cina masih kepada pembangkang... jangan menyesal! Memberi ada batasnya... 

Kawasan hitam dan kelabu dalam analisa BN tidaklah sebanyak itu... data ini mahu menggambarkan seolah-olah parah sangatlah BN Sarawak ni... mungkin terdapat sedikit tekanan namun BN sebenarnya confirm boleh menang majoriti mudah dan untuk kekalkan majoriti 2/3 kena bergelut sikit...

Apapun buat rakan, saudara dan sahabat jentera di sarawak jangan sesekali kita lapa & leka... kuatkan tekad, semangat dan kerjasama... 

Pilihanraya Sarawak ini bukan sebarang pilihanraya... PRN sarawak ini satu perjuangan untuk "MENYELAMATKAN" Sarawak & Malaysia amnya dari dikuasai pemimpin tamak & gila kuasa, jijik moralnya, gemar memecah belahkan masyarakat dan opurtunis yang sanggup menggadaikan Islam, Agama, Bangsa dan Negara demi kesenangan diri dan kroni mereka... berjuanglah bermati-matian demi menyelamatkan anak, cucu serta generasi masa depan kita dari jatuh ke tangan mereka...

Analisa rakan penulis : Statistik setakat jam 12 tgh malam14 April 2011
BN Menang : 54 kerusi & Pembangkang + Bebas Menang : 17 kerusi
BN Kekalkan Majoriti 2/3

Kepada Allah Berserah... Teruskan Perjuangan...






0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List