Senjata makan tuan......

on Apr 15, 2011

"Dua malam berturut-turut TV3 menayangkan secara eklusif temubual dengan Raja Petra Kamaruddin yang lebih dikenali dengan nama RPK dengan blog MalaysiaToday. Temuramah yang dibuat dan kemudiannya diedit mengikut selera Kerajaan BN oleh TV3 dijadikan senjata terakhir oleh BN dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung esok.

Gegak gempita gerombolan songkok tinggi menggunakan pendedahan tersebut untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar Ibrahim tetapi nampaknya sekali lagi senjata tersebut memakan UMNO yang kini dikenali sebagai UmPORno.

Kalau BN mengharapkan pendedahan RPK akan menaikkan ranking BN dalam pilihanraya negeri  Sarawak ini, ianya terbukti tidak. Dahulu, senjata sebegini boleh digunakan kerana rakyat tidak mempunyai akses kepada maklumat lain dan hanya mengharapkan media-masa tempatan untuk mendapatkan berita. Sebab itulah ketika Semangat 46 yang sedang menuju puncak jatuh tersembam disebabkan pemakaian tengkolok bersalib oleh Ku Li semasa berkempen di Sarawak yang dimanipulasi oleh BN dengan bantuan media tempatan. 

Tetapi perlu BN ingat, ketika itu sentiment anti BN hanya dalam lingkungan 3% sahaja kerana perpecahan dalamanUMNO disebabkan penipuan Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO yang menyaksikan UMNO diharamkan.

Kalau senjata sebegitu ingin digunakan pada masa kini ia tidak berkesan lagi. Kita semua sudah mengetahui setiap kali berlaku pilihanraya kecil, akan ada senjata begini digunakan. Bermula dengan penghijrahan beramai-ramai penyokong KEADILAN ke UMNO atau MIC dan diikuti dengan kenyataan-kenyataan katak-katak yang melompat…rakyat sudah lali dengan senjata begini.

Kalau temuramah RPK muncul 2 bulan lebih awal sebelum pilihanraya, ya…mungkin orang ramai akan terkesima dengan pendedahan ini. Tetapi ketika berbaki lebihkurang 40 jam lagi untuk penduduk Sarawak menunaikan tanggungjawab mereka, senjata BN ini menjadi satu umpan kepada PR untuk meneruskan sessi penerangan. Saya menjangkakan lebih ramai akan hadir mendengar kempen PR dengan isu terbaru ini dan ketika ini PR akan menggunakan kelebihan ini untuk menereangkan lebih banyak lagi permasaalahan yang berlaku di Sarawak oleh kerajaan BN.

Bagi sesetengah orang, kemunculan RPK tidak ubah seperti kemunculan Zul UlarMAMAK Kulim, Zahrin Penang, Gobala Kembala, Raja Sesumpah Ezam, Raja Katak Brahim Ali, Ratu Porno Umi Halfida, Raja Wangsa Tak Maju dan juga Raja Nibong Nipis.
Walaubagaimana pun nawaitu RPK tidak kita ketahui… Dalam tulisan terbaru didalam blognya, RPK mengatakan bahawa tujuan dia berbuat demikian adalah untuk memperingatkan kembali Akuan Sumpahnya yang langsung tidak mendapat perhatian dari pihak berkuasa Malaysia.

Kalau Najib berterima kasih kepada RPK diatas ulasan beliau tentang kes Altantuya…..dengan erti, pendedahan RPK membersihkan nama beliau dan Rosmah, kini sudah tiba masanya SATU SURUHANJAYA DIRAJA dibentuk untuk menyiasat kenyataan pemberi maklumat yang tersenarai dalam Akuan Sumpah RPK. Asas penubuhan SURUHANJAYA DIRAJA ini seharusnya meliputi mencari kebenaran dalam akuan sumpah itu disamping mencari motif pembunuhan Altantuya yang kononnya dilakukan oleh dua orang anggota polis UTK yang sehingga kini dengan menggunakan seluruh internet kita tidak mengenali kedua-dua tertudah yang telah dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Adakah dengan pendedahan RPK bererti NAJIB dan ROSMAH bersih…. Kini terbaru dkaitakan dengan kumpulan KU LI pula dan KJ pun turut terlibat. Mana satu yang kita nak percaya?
Akhirnya senjata ini mengheret kita kepada satu persoalan iaitu KENAPA TIADA TINDAKAN DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA UNTUK MENCARI KEBENARAN AKUAN SUMPAH TERSEBUT.

Dan akhir sekali, kita mengucapkan tahniah kepada wartawan TV3 kerana membuktikan kepada POLIS DIRAJA MALAYSIA yang kononnya diantara POLIS yang tercekap didunia bahawa wartawan MALAYSIA lebih hebat dari POLIS MALAYSIA dalam menjejak seseorang….. Ini diakui sendiri oleh mantan ketua polis Negara MUSA HASSAN yang menyatakan sukar untuk menjejaki RPK.

Sebelum terlupa… kalau ini statement RPK kenapa takut sangat SPRM nak menemui RPK di London dulu… Saya rasa kalau SPRM berjumpa RPK dulu di London dah lama hal ini terbongkar…….
HAHAHAHAHAH…. Itulah yang dapat saya perkatakan perihal temuramah RPK ini…    







0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List