KUCHING: Tinggal beberapa jam terakhir sebelum pengundian Sarawak, persoalan yang bermain sekarang ialah siapa yang anda ingin dengar dan siapa anda hendak percaya. Barisan Nasional (BN) tanpa berkedip mata mengatakan mereka yakin akan mendapat majoriti dua pertiga atau mungkin lebih.
Perdana Menteri Najib Tun Razak direkodkan berkata jika BN mendapat majoriti dua pertiga "adalah bonus", sedangkan Ketua Menteri Taib Mahmud mengatakan bahawa ia sangat yakin untuk mendapat majoriti dua pertiga.
Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim juga berkeyakinan pembangkang akan membentuk kerajaan seterusnya di Sarawak.
Baik BN mahupun Pakatan berada dalam nafas terakhir mereka dalam misi memenangi hati dan fikiran dari hampir satu juta pengundi di negeri ini.
Pada hari terakhir kempen, maka BN bertungkus lumus untuk mengatasi Pakatan, terutama di kerusi yang mungkin mereka rasakan akan beralih kepada pembangkang.
DAP yakin ia dapat mendapatkan sekurang-kurangnya enam kerusi yang mereka menangi dalam pilihan raya negeri 2006 dan ada tanda-tanda sangat baik untuk memenangi empat lagi kerusi, menjadikan sehingga total 10 kerusi - semuanya di kawasan majoriti Cina, kerusi bandar.
Sarawak United People's Party (SUPP), sebuah parti berbilang bangsa yang berasaskan Cina, telah kehilangan cengkamannya. Parti ini terpaksa mengelak kempen DAP yang agresif dan menaikkan isu-isu biasanya tidak akan disentuh.
'Kad Bertuah'
PKR sebaliknya telah perlahan-lahan menembusi beberapa kerusi majoriti Dayak-Melayu walaupun BN mengatakan sebaliknya. Ini telah meningkatkan kempen mereka untuk melawan pembangkang.
Ketua PKR S'wak Baru Bian, yang bertanding di kerusi pedalaman berbukit Ba'Kelalan, masih terus pergi dari rumah ke rumah sementara perayu kempen BN berada di dalam kekuatan penuh bagi memastikan kerusi itu tidak jatuh kepada pembangkang.
Sejak hari penamaan calon pada 6 April, Pakatan telah berkempen kuat dalam beberapa "kerusi yang boleh dimenangi" terutama di kawasan Cina di bandar dan kerusi sub-bandar Melayu-Dayak di mana para pengundinya lebih sedar isu-isu yang dimainkan di semenanjung.
Pemimpin Pakatan yang dipimpin oleh Anwar merentasi ke seluruh negeri, yang sebesar semenanjung itu, emlobi untuk meraih sokongan dengan menekankan dua isu utama - pengunduran Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dan hak ke atas tanah adat kaum peribumi.
Anwar diibaratkan 'kad bertuah' - dengan ceramahnya yang berapi-api dan kemahiran oratorial, ia berjaya menarik ribuan untuk datang ke ceramahnya. Jika dilihat dari jumlah kehadiran pendengar yang ramai, ramai mungkin berfikir Pakatan telah mengatasi.
Sebaliknya BN lebih serius dan terancang telah menjawab tuduhan-tuduhan pembangkang dengan fakta dan angka.
Tapi di kawasan luar bandar, para pengundi tidak peduli dengan fakta dan angka kerana mereka lebih bimbangkan dengan kehidupan mereka dengan sumber kecil yang mereka miliki.
Lawatan Najib dan sesi pertemuan dengan rakyat telah berjaya meningkatkan kempen BN, menurut sumber-sumber BN, hati para pengundi telah berjaya ditarik dengan suara lembut dan karisma.
Dalam kiraan analisa terakhir, sesetengah pemerhati meramalkan bahawa BN akan berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga sementara DAP boleh memenangi 12 kerusi. Berapakah jumlah kerusi PKR dan PAS yang akan dimenangi masih belum dapat dipastikan.
0 comments:
Post a Comment