WarkahDaily – Sarawak diibaratkan kepunyaan Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud. Segala kekayaan yang ada di negeri itu hanya dibolot beliau, anak-anak dan adik-beradik.
Selama 30 tahun pemerintahannya, rakyat semakin tersempit hidupnya. Sepatutnya di alaf baru, setiap rumah rakyat didiami di atas tanah kepunyaan sendiri (ada geran), namun kerana ’Dinasti Taib’ memerintah, semuanya tinggal angan-angan sahaja.
Selama 30 tahun pemerintahannya, rakyat semakin tersempit hidupnya. Sepatutnya di alaf baru, setiap rumah rakyat didiami di atas tanah kepunyaan sendiri (ada geran), namun kerana ’Dinasti Taib’ memerintah, semuanya tinggal angan-angan sahaja.
SEJARAH: Perkembangan yang tidak diduga, PR diberi sambutan hangat oleh pengundi Sarawak. | foto Harakahdaily
Tapi sekarang, rakyat Sarawak mulai sedar hak mereka, mulai sedar ’kuasa undi’ mereka yang boleh mengajar pemimpin yang korup dan mementingkan diri sendiri. Jika sebelum ini, akhbar dan televisyen bolehlah berbohong sesuka hati tapi sekarang, rakyat sudah boleh berfikir.
Kepincangan pemerintahan ’Dinasti Taib’ mula dibongkarkan...rakyat mulai sedar penyalahgunaan kuasa yang dilakukan kerajaan ’Dinasti Taib’.
Pilihanraya negeri yang ke-10 menjelma ketika rakyat sedang meluat dan benci dengan ’Dinasti Taib’...Hanya satu perkataan yang sesuai untuk KM Sarawak bagi rakyat iaitu ’undur’.
Semalam dalam laporan Harakahdaily, Zentrum Future Studies telah melakukan satu kajian berkaitan perkembangan pilihanraya di Sarawak.
Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti. | foto Harakahdaily
Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.
Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.
Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).
Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).
Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).
Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum. | foto Harakahdaily
Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.
Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.
Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.
Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.
Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.
Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.
Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.
Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.
Tidak mustahil, pilihanraya negeri Sarawak sebagai pembuka jalan bagi Pakatan Rakyat bersama rakyat Malaysia keseluruhan untuk mengubah Malaysia kepada negara yang berkebajikan, bersih dan adil.
Sudah pasti ianya suatu perkembangan menakutkan dan trauma bagi pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Perkembangan global, banyak negara luar sana yang sudah bertukar kerajaan kerana kesedaran yang dimiliki rakyat semakin baik dan mereka semakin prihatin akan hak mereka demi masa depan generasi akan datang.
0 comments:
Post a Comment