BN, Satu Malapetaka Di Akhir Zaman...

on Apr 15, 2011

Sabda Rasulullah S.A.W: "Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Dan fitnah ini cukup jelas dan nyata dihamburkan oleh pihak BN ketika di PRK, melalui saksi mata saya sendiri dan dari mata sahabat yang lain ketika di sana. Strategi perang saraf BN tidak mengenal erti benar dan salah, erti hakikat fakta dan palsu malah erti pahala dan dosa asalkan matlamat utama mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun walaupun dengan cara yang cukup jijik dan dayus tercapai.


Itulah BN yang dilihat seiras kaum yang dimaksudkan oleh persoalan Huzaifah yang dikatakan mengambil sunnah dan petunjuk selain daripada sunnah dan petunjuk nabi.
Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’".

Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."
Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah S.W.T berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof.Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari Syaitan.

Dan untuk tidak bersama-sama dengan sikap buruk itu, maka amatilah dengan fikiran terbuka dan dengan penuh sabar maklumat yang saya kumpul dari risalah-risalah ketika di PRK sebelum ini termasuk memeriksa kebenarannya sebagai bukti berimannya kita kepada Allah S.W.T.

Antaranya ialah:

1. DAP anti Melayu dan anti ISLAM? (Hampir 21 contoh dikemukakan untuk mengukuhkan tuduhan itu).
2. Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Anwar ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu termasuk Institusi Raja-Raja Melayu?
3. Perbezaan di antara kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menentang rasuah dengan tindakan beliau yang juga pengamal rasuah?
4. Kes liwat Dato’ Seri Anwar termasuk tiada bukti yang dikemukan beliau terhadap tuduhan beliau dalam isu pembelian Kapal Selam, pembunuhan Altantuya dan APCO?
5. Mungkir janjinya Dato’ Seri Anwar untuk menyelesaikan isu Kg.Buah Pala di Pulau Pinang?
6. Dato’ Seri Anwar sebagai penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji RM1 tetapi mempunyai defisit RM70 juta serta pejabat di luar Negara?
7. Dato’ Seri Anwar dan Khalid Samad ingin meliberalkan ISLAM?
8. Melayu untuk DiJual?
9. Isu pimpinan DAP di dalam dan disekitar kawasan Masjid?
10. Melayu hilang kuasa jika pembangkang memerintah?
11. Doa pecah perut untuk orang Islam. Doa qunut nazilah dan solat hajat untuk orang kafir?
12. PAS tidak mempertahankan nama Allah kerana membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah termasuk menggunakan perkataan Allah di gereja?

Sejauhmana benar tuduhan di atas terletak di bahu kita semua untuk sama-sama menelitinya, dan jika ia tidak benar, maka wajiblah untuk sama-sama kita memeranginya.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Dan janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam bahaya fitnah ini kerana azab siksanya amatlah pedih.
Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 yang bermaksud: "Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."
Memberi undi atau menyokong mereka tanpa usul periksa yang menyeluruh atau berat-sebelah pasti akhirnya akan meruntuhkan seluruh struktur sosio-ekonomi negara lebih-lebih lagi kepada masa hadapan anak-anak kita yang akan hancur kerananya. Adakah itu yang kita mahu?

Dan jika BN khususnya UMNO berada di landasan yang benar dan yakin dengan setiap tuduhan mereka, dan yakin bahawa setiap rakyat malaysia berhak diberi kebebasan untuk melaksanakan usul periksa secara adil dan saksama demi agama dan negara, kenapa kebebasan media khususnya kepada Pakatan Rakyat disekat sebegitu rupa? Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kenapa dilihat begitu takut? sehingga tiada ruang langsung disediakan oleh media Radio dan Televisyen untuk Pakatan Rakyat memperjelaskan setiap dari tuduhan di atas.
Untuk rakyat khususnya para pengundi fikirkan.


 Huzir Sulaiman



1 comments:

Anonymous said...

BN pun sama laa.... lu tengok itu altantuya najib punya kes kalau lu nak tau semua orang yg jadi pemimpin akan mempunyai agenda yg tersendiri dan cara yg berbeza.. Sama saja Pakatan rakyat dan umno sama saja... Tunggulah sehingga imam mahadi muncul baru semua masalah negara malaysia bahkan masalah dunia baru boleh settle

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List