PRN Sarawak: SUPP Berkubur Esok...???

on Apr 15, 2011

Walaupun nama George Chan dianggap tidak boleh dipisahkan dengan Miri, namun pada pilihan raya kali ini lagenda itu dikatakan hampir pasti terkubur.

Kempen pilihan raya negeri Sarawak akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 malam ini, manakala parti-parti politik yang bertanding kini memperhebatkan usaha mereka memancing undi pada saat-saat terakhir.

Pergelutan paling sengit dikatakan berlaku di bandar-bandar yang sebelum ini jarang terjadi. Antara yang menjadi tumpuan adalah kerusi-kerusi di - Kuching, Miri dan Sibu - yang sebelum ini kubu kuat SUPP dan dicabar hebat oleh DAP.

Walaupun DAP dilabelkan sebagai 'underdog', namun percaturan kini telah berubah.

Pada hari pertama kempen sahaja, ribua rakyat membanjiri ceramah-ceramah DAP - sama ada mereka ingin tahu ataupun cuba melihat wajah pemimpin utama parti itu dari jarak dekat.

Di Kuching, setiausaha DAP Lim Guan Eng berjaya menarik kehadiran tidak kurang 5,000 orang di sebuat pusat penjaja terbuka di Premier 101 Commercial Centre.

SUPP yang terdesak mengatur balas dengan mengadakan ceramah tetapi gagal memikat jumlah hadirin seperti lawan mereka. Justeru, tumpuan diberikan kepada kempen dari rumah ke rumah.

Di Miri, SUPP juga menerima tamparan apabila ceramah DAP yang diadakan hampir setiap malam menyaksikan kehadiran rakayat yang terus meningkat setiap hari.

SUPP, yang diterajui oleh presidennya, Tan Sri Dr George Chan, hanya mampu melihat apabila di kubu kuatnya sendiri, tidak kurang 15,000 orang datang untuk mendengar ceramah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada hari keempat kempen pilihan raya

Walaupun nama Chan dianggap tidak boleh dipisahkan dengan Miri, namun pada pilihan raya kali ini lagenda itu dikatakan hampir pasti terkubur.

Perkara yang sama juga melanda Sibu, Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang seakan bintang baru yang menjadi pujaan ribuan penyokong pembangkang.

Selain ucapannya yang lantang dan bersemangat, rakyat Sarawak juga pasti tidak akan lupa dengan beberapa lagu yang dibawakannya itu. Antaranya termasuk 'No money, no money for you' dan lagu popular Wondergirls 'Nobody nobody but you' bagi menyindir pemimpin BN, khususnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud. -mk

Ulasan GB

Rentetan kesan "tsunami" di Semenanjung dimana MCA dan Gerakan terkangkang di dalam PRU12, SUPP bakal mengikutinya esok. 



http://greenboc.blogspot.com







0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List