Aku Lah ‘Winnable Candidate’
Copy & Posted By mahi on Dec 8, 2011
MR meluangkan masa ronda-ronda di sekitar Perhimpunan Agung UMNO lepas dan sempat bertemu dengan wartawan The Star, Joceline Tan dan beberapa wartawan dan bekas wartawan.
Realiti yang dapat MR rasakan ialah bahangnya di mana UMNO akan bersatu dalam PRU13 yang akan datang dan akan menyaksikan kemenangan hebat kepada DS Najib seperti PRU2004 semasa Pak Lah mula-mula mengambilalih tampuk kepimpinan.
MR tidak bercadang untuk membentang fakta dan hujah nya di sini kerana terlalu 'detail' dengan data dan statistik yang 'boring dan complicated' dan akan di tulis dalam media yang lain.
Dilihat pada tahun ini kehadiran rombongan pemerhati dari seluruh pelosok tanah air begitu ramai. Ada yang bertongkat, berkerusi roda dan dipapah malah jumlah yang ramai dari bermula dari perasmian sehingga hari terakhir ucapan penggulungan Presiden.
Ronda-ronda di bazaar jualan ternyata tidak dapat elak untuk senerih (bergesel) ponggong ke ponggong pengunjung membeli belah dan ramai yang kalam kabut buat sibuk.
MR juga berkesempatan bual-bual dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO khasnya lebih gemar berjumpa Ketua-Ketua Bahagian dari negeri –negeri yang kalah kerana ingin mengetahui sendiri apa strategi dan perancangan mereka untuk menawan kembali negeri mereka dari pakatan pembangkang.
Di Negeri Selangor mereka lebih bertolak ansur dalam hal pencalunan kerana lebih akur dengan arahan Presiden. Aura dan kewibawaan kepimpinan DS Najib yang semakin terserlah yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dikira mudah membuat percaturan calun-calun PRU13 kelak.
Pulau Pinang yang satu ketika dahulu berdegar-degar mahukan dari kalangan UMNO untuk menjadi Ketua Menteri pun telah boleh bertolak ansur dan sedar betapa pentingnya perkongsian kuasa jika mahu memerintah kembali Pulau Pinang. Penindasan DAP di bawah KM Lim Guan Eng yang sebenarnya amat serik untuk kalah sekali lagi.
Kemasukan ramai 'consultant-consultant' dari Singapura ke PP adalah petunjuk-petunjuk awal kemana akhirnya PP akan di bawa oleh DAP.
Tetapi yang menarik dan sukar ditafsir ialah politik Kedah. Kerana kesemua Ketua-Ketua Bahagian mendabik dada “akulah winnable candidate”.
"Kentut aku lebih wangi dari kentut Si Polan"
Peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan untuk penyelarasan Kawasan-Kawasan Parlimen di Kedah ternyata telah menjadi sebab musabab perbalahan dalam UMNO Bahagian yang dasyat sehinggakan Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua dan sayap-sayap di bahagian hanya manis di depan tetapi kutuk-mengutuk di belakang.
Ketua-Ketua cawangan di akar umbi dipengaruhi untuk mendapatkan tempat “akulah winnable candidate yang dicari-cari selama ini".
“Tidak lain dan tidak bukan kerana si Polan bin si Polan itu tidak boleh pakai kerana songlap projek Parlimen” kata En Winnable Candidate itu lagi.
“I Ketua Bahagian, I menang 80 undi menjatuhkan En Loser Candidate dalam pertandingan UMNO Bahagian tempoh hari, so I deserve untuk menjadi winnable candidate” kata Datuk Winnable Candidate dengan sombong dengan kemenangan majoriti 80 undi yang dianggapnya besar seperti roda kereta lembu.
Inilah secebis sinario dari ribuan sinario yang sedang berlegar-legar di Kedah hari ini.
Konklusinya kepimpinan tertinggi UMNO harus mencari calun di luar kotak kerana semua di dalam kotak itu adalah “recycle candidate” yang telah kemurok (rotten).
Wasallam.
MUMMY ROKIAH
Labels:
Hal Orang Politik
0 comments:
Post a Comment