Ditumbuk Kerana Tak Beri Cuti Sakit

on Dec 8, 2011



HULU SELANGOR: Hanya kerana enggan memberi cuti sakit selama dua hari kepada seorang wanita, seorang doktor berusia 30-an cedera di hidung dan kepala selepas ditumbuk teman lelaki wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang berusia 25 tahun datang ke klinik mangsa di Gohtong Jaya, dekat sini, dengan ditemani teman lelakinya itu dengan alasan demam.

Sumber polis berkata, wanita itu meminta doktor mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) untuknya bagi tempoh dua hari dengan alasan tidak berdaya untuk bekerja keesokan harinya. “Bagaimanapun, doktor memberitahu dia hanya boleh memberikan sijil cuti sakit untuk hari itu saja kerana berdasarkan pemeriksaannya, mangsa sudah pulih daripada demam serta layak bekerja keesokan harinya.
“Wanita itu tidak puas hati dengan penerangan doktor berkenaan dan segera keluar dari bilik rawatan untuk memaklumkan perkara itu kepada teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, teman lelakinya yang berang terus meluru masuk semula ke bilik rawatan dan menyerang doktor berkenaan.

“Lelaki terbabit terus masuk ke bilik rawatan dan memaki hamun doktor berkenaan kerana tidak mahu memberikan cuti sakit selama dua hari kepada teman wanitanya seperti diminta.
“Doktor itu cuba menghalang daripada terus dikasari sambil menerangkan situasi sebenar, namun namun penjelasannya tidak diendahkan,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal doktor berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan mengarahkan lelaki yang menyerangnya dibawa keluar dari bilik rawatan.
Namun, sebelum sempat pengawal keselamatan mengheretnya keluar lelaki itu bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka doktor berkenaan sehingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di hidung dan kepalanya.

Berikutan kejadian itu, doktor membuat laporan di balai polis berhampiran dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List