PELAN SULIT GUAN ENG ASAK KARPAL SINGH LETAK JAWATAN...?

on Dec 8, 2011



Percubaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy mengkritik kepimpinan Karpal Singh menggunakan keyword 'Godfather Dalam DAP' benar2 mengejutkan Penyokong2 tegar Parti tersebut. Ini kerana bagi mereka yang mengikuti perkembangan DAP, Ramasamy merupakan anak didik Karpal Singh yang amat dikagumi. 

Malah, Karpal Singh lah yang menaikkan nama beliau sehingga menduduki kerusi No. 2 dalam Kerajaan Negeri Penang. Namun apa punca sebenar kritikan terbuka dibuat dari mulut anak didik Karpal sendiri?

Ianya telah dirancang dengan teliti. Ada sumber dalaman DAP Pulau Pinang mengesyaki ianya merupakan salah 1 pelan strategi mencantas Karpal Singh agar terus berundur daripada menduduki jawatan No. 1 Parti tersebut seterusnya tidak bertanding pada PRU13 kelak.

Ketidakpuasan hati Guan Eng bermula apabila Karpal Singh dilihat banyak 'membantu' peluang BN untuk mendapat kepercayaan yang lebih kental dari kalangan rakyat. Kemuncak pelan menjatuhkan Karpal Singh bermula setelah Pengerusi DAP itu membuat kenyataan Media mengherdik Mat Sabu yang memutarbelit fakta sejarah melalui kisah Mat Indera. Ianya dikatakan dirancang Guan Eng dan abang kesayangannya itu bagi membuang persepsi UMNO selaku pejuang kemerdekaan di samping membersihkan semula imej Parti Komunis Malaya yang dakwa Guan Eng adalah Pejuang sebenar Merdeka.

Namun pandangan beberapa AJK DAP Kota Melaka ada menyebut Guan Eng sudah mula berang dengan gaya kepimpinan Karpal pada Sidang Media pertama secara eksklusif mengherdik Guan Eng dan Kit Siang di samping Anwar Ibrahim yang merancang pelan  tidak bermoral lompat parti 16 September, akan tetapi kesannya Kerajaan Perak tumbang ke tangan BN.


Oleh itu, Guan Eng membuat 'percubaan pertama' dengan menggunakan Timbalan beliau membuat kenyataan berbentuk 'perli' sebagai mukadimah amaran Guan Eng itu terhadap Karpal Singh. Guan Eng dijangka bakal merampas jawatan Pengerusi DAP yang dipegang Karpal pada ketika ini.

Begitu ke? DAP sudah mula berpecah. Kasihan Karpal Singh. Itulah. Hina komponen2 BN melampau sangat. Nak ludah kat orang lain, terkena kat muka sendiri.



gelombang-rakyat

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List