Dakwat Kekal

on Dec 8, 2011




Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 membuktikan proses pilihan raya di negara ini telus dan tiada ruang untuk penipuan dilakukan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata keputusan untuk menggunakan dakwat kekal sebenarnya tidak perlu dilakukan di negara ini kerana setiap pengundi adalah terdiri daripada mereka yang berdaftar dan mempunyai kad pengenalan rasmi.


"Lainlah seperti negara-negara luar di mana mereka tidak mempunyai senarai daftar pengundi yang dikemas kini berbanding Malaysia," katanya.

Namun begitu, katanya kerajaan mengikut kehendak pihak pembangkang yang mahukan dakwat kekal digunakan kerana sering membangkit perkara itu kepada umum. 

Katanya kerajaan juga mahu membuktikan bahawa tiada penipuan dilakukan dalam proses pilihan raya di negara ini walaupun terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan RM5 juta bagi melaksanakan proses menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. 

Katanya keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan sebenarnya berkesan kerana dalam sejarah pilihan raya negara hanya berlaku satu saja kes penipuan mengundi dua kali dilakukan dengan menggunakan kad pengenalan. 

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan meneliti desakan sesetengah pihak dalam isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan tidak sesuai digunakan oleh orang Islam kerana dakwatnya dikatakan kekal daripada dicuci untuk tempoh 48 jam. - BERNAMA 



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List