TAK LAMA dulu, saya pernah mendedahkan mengenai usaha membawa Nik Aziz bersetuju PAS bergabung dengan Umno atas nama Unity Government (UG) di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.
Orang dari JAKIM yang mengatur pertemuan itu kata, Pak Lah nak beri projek lebuh raya Pantai Timur pada pemimpin pemuda yang berjaya.
Orang panggil saya "babi" sebab saya tulis benda-benda yang kononnya merugikan jamaah PAS.
Saya tanya, "yang rugi, jamaah PAS atau puak UG yang cuba mengkhianati perjanjian?"
Hari ini saya tulis sekali lagi bab ini sebab saya tak mahu kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat jatuh pada puak belawok.
Minta maaf kepada senior saya, Ustaz Ridwan Mohd Noor kalau berbasah jubah pergi kempen seluruh negara untuk memenangkan pengganti Nasruddin Hassan at-Tantawi nih.
"Jangan kamu campur aduk yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahui...." (Surah al-Baqarah: 42)
faqar
0 comments:
Post a Comment