KERAJAAN GAGAL DAN TIDAK MAMPU MENGAWAL "PEMIMPIN" ...?

on Oct 7, 2012







Rakyat pada hari ini semakin bijak dan mengambil berat tentang segala tindak tanduk pemimpin-pemimpin Negara dan pegawai-pegawai Kerajaan yang telah diberi kepercayaan serta amanah untuk berkhidmat menjaga kepentingan rakyat. Mandat yang diberi setiap 5 tahun kepada pemimpin terpilih bagi membentuk Kerajaan. Amat besar harapan rakyat agar Negara ini ditadbir dengan baik, telus dan terkawal. 

Namun harapan rakyat yang tinggi kepada Kerajaan yang memerintah kadang-kala berakhir dengan kekecewaan. Ini mungkin disebabkan oleh kelemahan-kelemahan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan atau pihak-pihak yang telah dilantik oleh Kerajaan seperti pengarah-pengarah syarikat GLC gagal memberikan hasil atau mutu perkhidmatan yang dikehendaki oleh rakyat. Ada juga segelintir pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan diri melebihi daripada kepentingan rakyat. 

Pemimpin seperti ini sepatutnya memberi tumpuan untuk menjaga rakyat sebagai keutamaan dan bukannya mengunakan jawatan bagi menjaga "poket" sendiri. Keadaan seperti ini menyebabkan rakyat sering menyalahkan Kerajaan yang memerintah, sedangkan ramai juga pemimpin-pemimpin lain yang betul-betul ikhlas di dalam  memperjuangkan hak-hak rakyat. Kewujudan segelintir pemimpin yang"buruk" ini telah menyebabkan nama baik pemimpin-pemimpin lain turut dipandang rendah dengan penuh prasangka oleh rakyat.

Bak kata pepatah..

"KERANA NILA SETITIK HABIS SUSU SEBELANGA"


Akhir-akhir ini rakyat telah ditunjukan dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu tentang penglibatan pemimpin-pemimpin dengan perniagaan. Ramai pemimpin mengunakan jawatan untuk menyapu peluang-peluang perniagaan yang ada sehingga wujudnya persaingan yang tidak sihat di antara Syarikat-syarikat milik pemimpin dan kroni-kroninya bersaing dengan rakyat biasa.

 Manakah mampu rakyat biasa bersaing melawan mereka ini?

"Pemimpin" atau syarikat kroni milik pemimpin telah banyak "menipu" dan memperbodohkan rakyat Malaysia. Banyak kontrak-kontrak pembekalan barangan / perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan atau Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) diletakkan dengan harga yang AMAT TIDAK MUNASABAH yang jauh perbezaan nilaiannya dari harga pasaran semasa. 

Dimanakah silapnya?
Siapakah yang telah diperbodohkan?
atau
Siapakah yang berpura-pura berlagak bodoh dan "buta"?


Betulkah Negara ini kekurangan profesional yang bijak dan berkemampuan menjaga kepentingan rakyat? Yang memahami selok-belok urusniaga dan urusan bagi mentadbir-urus tentang pembekalan dan pelupusan harta-harta milik rakyat yang diamanahkan kepada Kerajaan untuk diuruskan dengan penuh bijaksana.

Tapi yang pasti pada hari ini, Rakyat Malaysia sentiasa diperbodohkan dan dianggap bodoh oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan berkaitan.

 Bagaimanakah cara pihak Kerajaan atau Syarikat GLC mengeluarkan kontrak-kontrak pembekalan. Adakah ianya telah dibuat secara profesional dan telus? Mampukah Pegawai-pegawai Tadbir Diplomatik dan Pengarah-pengarah GLC yang mempunyai ijazah dari pelbagai jenis bidang untuk menjalankan urusan atau tugasan yang diamanahkan.
Ramai pegawai-pegawai yang berkhidmat di dalam kementerian-kementerian berkaitan yang telah diberi tanggungjawab dan amanah oleh RAKYAT untuk memastikan bahawa Negara ini atau Kerajaan mendapat "the best deal" untuk setiap urusan berkaitan perkara ini. 

Pihak Kerajaan dan Syarikat GLC biasanya mengeluarkan kontrak-kontrak pembekalan di dalam jumlah kuantiti yang banyak. Secaralogiknya, jika barangan yang sama ada di pasaran, dibeli dengan jumlah kuantiti yang banyak SEPATUTNYA ianya boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah dari harga yang pasaran biasa. 

TETAPI

Jelas bahawa mereka TIDAK berkemampuan dan Negara serta Syarikat GLC sering GAGAL di dalam Tugasan dan Amanah yang diberikan rakyat.







                                        

Adakah pegawai-pegawai tinggi di dalam kerajaan atau Syarikat GLCtidak nampak atau "sengaja" menjulingkan mata mereka dari memandang fakta sebenar tentang nilai barangan sebenar disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Gelaran atau Pingat-Pingat Kebesaran.
Mungkin mereka ingin mengambil hati pemimpin-pemimpin atasan bagi mendapat gelaran atau pingat?


atau

Mereka telah disogok dengan rasuah.


atau 

Mereka telah diberi layanan "istimewa"



Sungguh sedih dan memalukan terhadap kebodohan ini. Sampai bila rakyat akan terus ditipu dengan lakonan dan sandiwara yang berlaku. Ada pemimpin dan pegawai atasan yang menunjukkan imej sebagai seorang yang alim dan warak namum mereka hanya mengkaburi mata rakyat. Ada juga yang memang dari raut wajahnya memang kita dapat membaca bahawa "muka yang mudah dibeli dengan ganjaran."

Siapakah yang boleh dan patut membetulkan perkara ini?

1 - Yang Dipertuan Agong  2 - Perdana Menteri 
3 - KUASA RAKYAT


YANG DIPERTUAN AGONG




RAKYAT MALAYSIA
RAKYAT MALAYSIA

INILAH kuasa yang paling besar 

PEOPLE POWER



Apakah Kerajaan pada hari ini tidak dapat mengawal masalah ini atau masalah ini terlampau besar sehingga tidak mampu dibendung oleh pihak Kerajaan?

ATAU

Pihak Kerajaan ingin "mengambil hati" "Pemimpin-pemimpin" tertentu hingga sanggup membenarkan PENIPUAN dan salah guna kuasa berlaku secara berleluasa serta tidak terkawal.

Sebagai satu contoh yang berlaku di Selatan tanah air yang mana, menurut "ceritanya" Pegawai Tinggi sebuah Syarikat GLC yang amat profesional di dalam menjalankan tugasnya mentadbir salah satu Syarikat utama milik Kerajaan terpaksa akur dan mengorbankan sifat profesionalnya disebabkan oleh "tekanan" dari seorang "Pemimpin" yang suka meng"gegar" dan meng"gentar" Pegawai-pegawai Kerajaan dan Syarikat GLC yang berkhidmat di Selatan tanah air. Campur tangan Pemimpin ini di dalam pentadbiran Kerajaan tidak menjadi suatu rahsia lagi. Hanya pegawai-pegawai tinggi yang disukai dan suka "membodek" boleh berkhidmat di Negeri itu, jika tidak tunggulah "masalah mendatang" atau "masa" untuk keluar akan tiba.

Ramai Pegawai-pegawai tinggi terpaksa melayan kerenah dan permintaan "luar biasa" "Pemimpin" ini, walaupun mereka mengetahui bahawa perbuatan mereka itu salah dan tidak beretika.


Sebagai satu contoh "kecil" dari berpuluh-puluh isu (isu-isu besar dan hangat akan dikeluarkan pada masa yang sesuai) yang timbul di Negeri ini seperti berikut:INILAH yang perlu kita renungkan dan fikirkan bersama. Apakah yang langkah perlu diambil? Rakyat hanya nampak kepincangan di dalam pentadbiran Kerajaan tetapi rakyat tidak mengetahui bahawa tidak semua kepincangan yang berlaku adalah berpunca dari kelemahan pentadbiran Kerajaan. 

Rakyat telah mula memperkatakan dan mempersoalkan perkara ini secara terbuka. Apabila rakyat meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati mereka, timbulah isu sama ada "Pemimpin" ini"menyenangkan rakyat" atau "menyusahkan hidup rakyat"

Sebuah Syarikat milik Kerajaan iaitu Tenaga Nasional Berhad telah menjual atau "terpaksa menjual" sebidang tanah di kawasan yang sangat strategik dengan harga terlalu murah berbanding dengan harga pasaran.

Persoalanya, sebelum tanah tersebut ditetapkan harga nilaian yang patut dijual sepatutnya sebagai sebuah Syarikat GLC akan membuat laporan Penilaian oleh jurunilai yang profesional dan bertauliah. Begitu juga bagi mana-mana pihak swasta atau bank akan membuat penilaian hartanah untuk mengetahui nilaian semasa. 










Vantage Bay Sdn.Bhd. adalah Syarikat yang dimiliki majoriti oleh kepentingan warga Singapura.



Kenapa wujudnya perbezaan nilaian yang sangat-sangat besar?

 Tanah ini terletak berhampiran Pantai Stulang Laut yang dikelilingi rumah-rumah mewah, kompleks bebas cukai, berhampiran Jeti Antarabangsa, berhadapan sempadan Singapura hanya dinilai dengan nilaian lebih kurang 60 juta sahaja. Sedangkan apabila "Pemimpin" menjualnya semula dalam tempoh yang singkat dengan harga 180 juta.

Ingatlah, ini hak milik GLC, yang hanya memegang amanah dan menjaga kepentingan Kerajaan dan rakyat. 

Kenapa tanah ini dijual dengan murah dan siapakah yang "merobek" dan "merogol" hak rakyat?

Lebih mendukacitakan "Pemimpin" yang kononnya berwatak "tersangat baiknya" menjual semula kepada orang luar. Sepatutnya perlupusan atau penjualan tanah yang diamanahkan oleh rakyat untuk ditadbir oleh Kerajaan, jika pun terpaksa dijual atau dilupuskan sepatutnya ianya akan memberi keuntungan untuk "faedah" rakyat. Apa yang kita nampak hak rakyat bagai "dirompak" di siang hari. 
Tanah yang telah dibeli oleh "Pemimpin" itu pernah ditawarkan untuk dibeli oleh beberapa pihak pemaju tempatan dengan harga hampir dua kali ganda dari harga yang dibeli oleh "Pemimpin" tersebut.


SIAPAKAH "PEMIMPIN" YANG DIMAKSUDKAN DISINI?.....Kalau saya tulis di sini nama pemimpin tersebut saya pasti "Pemimpin itu" akan akan mengunakan pengaruh dan menyalah gunakan kuasanya untuk terus mengainaya saya. Pembodek-pembodeknya akan membuat laporan polis kononnya wujudnya "hasutan"......saya hanya takut dengan Allah sahaja.


Persoalan kedua kenapa penilai-penilai profesional bertauliah boleh membuat nilaian yang jauh berbeza sehingga 300%. Tidak munasabah dua laporan penilaian berbeza nilaiannya dengan kadar perbezaan yang TERAMAT BESAR.
Adakah penilaian telah dibuat dengan telus atau tidak dibuat langsung? 
Siapakah yang boleh mengawal dan memantau perkara ini. Manakah dia wakil-wakil rakyat yang sering melaungkan... 

RAKYAT DI DULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN






JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA








Mungkin institusi-institusi pengajian tinggi dan badan-badan yang memantau cara-cara penilaian dibuat patut mencari jalan bagi mengatasi masalah seperti ini. Sekiranya tindakan segera tidak diambil jurunilai-jurunilai di Negara ini tidak akan dihormati oleh rakyat mahupun masyarakat di peringkat antarabangsa. 



Tanah yang dibeli oleh "Pemimpin" dengan harga yang sangat murah dijual dengan harga tiga kali ganda dari harga belian dari Syarikat GLC akan dimajukan oleh warga asing dari Negara Jiran. Apa yang akan dibangunkan hanya akan menguntungkan penduduk-penduduk Negara jiran dan merugikan rakyat Malaysia kerana ianya akan menjadi persaing kepada hospital-hospital tempatan terutamanya milik GLC Negeri Johor iaitu KPJ.

  

SINGAPORE   11-11-2011



Mr Lim (left) with Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim from the Johor royal family.

Billionaire investor Peter Lim i s teaming up with the Johor Royal Family to build a S$2 billion (US$1.55 billion) complex that will include a hospital, hostel, flats, and entertainment outlets in Johor Bahru.

The 10ha complex will be erected on a waterfront site just a few hundred meters from Johor's new customs, immigration and quarantine facility, making it highly convenient for Singaporeans.

The developers are looking at concepts and designs and obtaining work permits. The first phase of construction should begin at the end of next year, with the hospital expected to be functional by early 2015.  


KERAJAAN HENDAKLAH MEMPASTIKAN BAHAWA SEGALA URUSAN PERJUALAN HARTANAH MILIK RAKYAT YANG DI AMANAHKAN UNTUK DITADBIR OLEH KERAJAAN DI BUAT DENGAN TELUS DAN LEBIH MENGUNTUNGKAN PIHAK RAKYAT DAN BUKANNYA PIHAK-PIHAK LAIN.

KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN BAKAL-BAKAL PEMIMPIN YANG INGIN MEMEGANG JAWATAN HENDAKLAH SENTIASA INGAT BAHAWA JAWATAN ITU ADALAH SATU AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB. JAWATAN YANG DI SANDANG BUKANLAH PLATFORM UNTUK MENAMBAH KEKAYAAN PERIBADI.

"PILIHLAH SATU SAMA ADA HENDAK MENJADI PEMIMPIN ATAU KETUA YANG BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT ATAU MENJADI AHLI
PERNIAGAAN" 

http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=797

"Aku Umat al-Khattab bersedia untuk dituntut, jika aku berada dalam menyeleweng, dan bertindak kurang adil. Bantulah aku untuk menegakkan kemungkaran dan mencegah kemungkaran. Demikianlah, untuk cadangan dan pendapat kalian atau apa sahaja kritikan, pintu rumah ku akan selalu terbuka".

Petikan ucapan sulung Umar al-Khattab sewaktu menjadi Khaalifah.
Semoga semua pemimpin atau ketua yang ada di Negara ini mencontohi dan mengambil ikhtibar dari  ucapan sulung Sayyidina Abu Bakar sewaktu dilantik menjadi Khalifah.


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. 

Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku."


DON'T TAKE PEOPLE FOR GRANTED, NO MATTER HOW MUCH THEY LOVE YOU, PEOPLE GET TIRED.



 PEOPLE POWER




Kamal Hisham Jaafar


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List