Membazir, Menunjuk Atau Terlalu Kaya...?

on Oct 7, 2012





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa anggota kabinet pada malam tadi menghadiri majlis jamuan kedua sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Majlis pengantin lelaki di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur itu tetap glamor walau hanya dihadiri 900 orang jemputan, berbanding majlis jamuan di Melaka yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dengan kehadiran 130,000 orang.
ali rustam wedding royal chulan 071012 najibMohd Ali yang memakai baju berwarna merah pulasan, sedondon dengan pakaian isteri dan dua orang anak yang menemaninya di pentas, mengambil masa beberapa minit ketika membacakan nama hadirin dari kalangan orang kenamaan.

Antaranya adalah Sultan Pahang, keluarga diraja Perlis, perdana menteri dan Isteri, timbalannnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Turut hadir ialah ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas menteri dalam neteri Tan Sri Syed Hamid Albar, menteri besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan menteri besar Johor Datuk Ghani Othman.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List