Bagi rakyat Malaysia yang sumber beritanya hanyalah Utusan Malaysia dan juga TV3 mereka pasti percaya dengan apa yang disiarkan oleh Berita Harian dalam gambar di atas..
Tetapi bagi yang tidak bergantung maklumat dari kedua-dua media tunggangan UMNO itu, pasti akan mempertikaikannya..
Bagaimana sebuah negara telah menurun tiga tahun berturut-turut dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) boleh dianggap sebagai pakar?
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).
Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara ~ Malaysiakini
Ini adalah cartanya..
Berikut pula adalah laporan dari Berita Harian On Line..
Malaysia bakal menjadi pusat kecemerlangan anti rasuah antarabangsa menerusi program peringkat Sarjana yang ditawarkan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini mulai 9 Disember depan.
Program selama dua tahun itu bukan saja ditawarkan kepada golongan profesional anti rasuah dan pihak berkuasa tempatan malah terbuka kepada peserta dari luar negara termasuk pengamal undang-undang seperti hakim.
Bagi memastikan program dilaksana dan dirancang secara teliti, akademi melantik enam pakar dalam pelbagai bidang khususnya yang berpengalaman dalam usaha memerangi rasuah peringkat global untuk memberi nasihat kepada akademi itu.
Ia dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
Malaysia dipilih IAACA
Lima lagi ahli yang dilantik, Ketua Cawangan Ekonomi dan Jenayah, Bahagian Perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC), Dimitri Vlassis.
Setiausaha Agung Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA), Dr Ye Feng; Pengerusi Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA), Martin Kreutner; bekas Timbalan Pesuruhjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong, Daniel Li dan perunding antarabangsa, Dr Chris Saville.
Sehubungan itu, Abu Kassim mewakili SPRM memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan IACA diwakili Kreutner.
Abu Kassim berkata, Malaysia satu-satunya negara yang dipilih IACA untuk mengendalikan satu daripada tujuh modul yang diperkenalkan selain Vienna, Austria.
Terdahulu, Abu Kassim mewakili SPRM menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) bagi mewujud kerjasama dalam mencegah dan membanteras rasuah yang diwakili Pesuruhjaya Profesor Pakdee Pothisiri.
Mungkin ada benarnya laporan dari Berita Harian ini.. kerana untuk mendapat title 'Pakar' ianya bukanlah satu perkara yang mudah..
Pakar biasanya sangat berpengalaman dalam bidangnya, untuk mendapatkan pengalaman, praktikal perlu dilakukan.. lebih banyak praktikal maka lebih luas pengalaman..
Oleh kerana banyaknya rasuah dilakukan dalam negara ini.. maka pihak yang menguruskan masaalah ini wajarlah dianggap sebagai pakar..
Pakar dalam memerangai rasuah yang bersekala kecil.. dan pakar juga dalam melindungi rasuah berskala besar yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO.. pakar lah tu...
0 comments:
Post a Comment