Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti.
Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah.
Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.
Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu.
"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus.
"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.
"Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya.
Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini.
Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.-Harakahdaily
Ikhlas:50% peniaga asing ada My Kad, paspot palsu-Sinar Harian online
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.
“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.
“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.
“Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama,” katabeliau pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar di sini, hari ini-Sinar
7 lagi tuntutan pilihanraya bersih belum ditunaikan kerajaan.PR pulak syok nak tawan Putrajaya.Nak tukar MB Selangor , syok nak jadi menteri di peringkat pusat.Semua ni hanya akan tinggal angan-angan jika sistem pilihanraya tidak dibersihkan.Paling penting bangsa asing , pendatang haram dapat MyKad sementara yang ada tarikh luput.Ni semua untuk jadi pengundi BN dalam pru 13 akan datang.
Gerombolan sedang sedap menipu kita , kita pulak pasang angan-angan nak tawan Putrajaya.Ingat senang macam makan makan nasi,macam minum teh tarik?Memang betul regim BN boleh ditumbangkan dengan tangan kosong tapi kalau agenda menipu puak gerombolan semakin menjadi-jadi kerana telah berpakat dengan jabatan kerajaan apa yang mampu kita buat?
Betul la macam ramai orang kata jika tidak menipu dalam pilihanraya sudah lama regim 'syaitan yang dikenali' tumbang.
1 comments:
Apabila mereka sendiri telah mengaku sbg syaitan yang dikenali, maka sesuailah dengan Firman Allah taala:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.]
(وَإِنَّہُمۡ لَيَصُدُّونَہُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّہُم مُّهۡتَدُونَ (٣٧
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Surah Al-Zukhruf : 37.]
Post a Comment