Apa yang unik (bukan UNIK) sangat dengan Belanjawan 2011? Kita tak perlukan kaca mata 3-D, kaca mata 2-D sudah memadai untuk mengupas kulit Belanjawan sehinggalah saraf-sarafnya - sebelah kiri warna Mahathirisme, sebelah kanan warna Najibnomics. Legasi Mahathirisme tergolong kepada yang positif dan yang negatif. Tetapi yang diwarisi Najibnomics setakat ini hanyalah legasi negatif malahan dibesar-besarkan skalanya sehingga menjangkaui pencapaian legasi negatif Mahathirisme.
Meskipun begitu, pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU masih tersenyum dengan pencapaian sebegitu negatif sedemikian besar dan penuh dengan khayalan sehingga hendaklah dibina Warisan Merdeka yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan.
Dasar Mahathirisme masih bersarang kuat dalam kotak pemikiran Najib Razak. Segala-galanya besar; perbelanjaan besar, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terlalu berkuasa dan pelancaran projek-projek mewahnya jelas berniat untuk menanamkan legasi pemerintahannya seperti Mahathir. Berbilion-bilion ringgit wang rakyat dipergunakan sewenang-wenangnya demi memuaskan nafsu tamak, haloba, serta cita-cita peribadinya.
Sebilangan kecil elit dalam rangkaian politik perniagaan disandarkan harapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang terbukti telah merosakkan struktur ekonomi sejak era pemerintahan Mahathir. Hasrat Najib dalam mentransformasikan ekonomi politik negara sehingga digelar sekumpulan pengkaji Universiti Harvard sebagai Najibnomics<1> rupa-rupanya lanjutan kepada episod besarnya Mahathirisme. Baca Seterusnya....
0 comments:
Post a Comment