PROMO :- Mustaffa Kamil Ayub

on Oct 21, 2010

Photobucket






- Saya akan memastikan janji Pakatan Rakyat untuk memberi hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak dilaksanakan.

- Saya akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana, toleransi, mesra, setiakawan, berhemah dan berintegriti supaya pemimpin dididik menjadi 'khadam' rakyat; serta sama-sama tolak politik elitis dan politik wang dalam parti.

LATAR BELAKANG CALON

Lahir 1963 di Perak. Berkelulusan B.Sc (Genetik) UKM, Diploma Pendidikan UIA, Diploma Kewangan IPI dan Master Sains Politik UKM.

Pernah bertugas sebagai pendidik, Ketua Jabatan Latihan Kepimpinan UIAM serta Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Pernah memimpin beberapa pergerakan madani, antaranya Presiden Majlis Beliau ASEAN, Pengerusi Forum Belia Komanwel, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Presiden Pelajar Islam Asia Tenggara (Pepiat) dan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).

Pernah aktif memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO) dan World Assembly of Muslim Youth (Wamy) serta Presiden Institut Masyarakat Madani (IMAD).

Kini diamanahkan sebagai Naib Presiden KEADILAN, Pengerusi Akademi KEADILAN, Biro Latihan Pusat, Biro Antarabangsa, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PRR Perak. Sebelumnya sebagai Ketua Cabang Pasir Salak, Champion Menjana Tenaga Kemenangan (MTK) PRU12, Setiausaha Agong, Pemangku Ketua AMK serta Timbalan Ketua AMK.

Pemikiran serta agenda Kesinambungan Perjuangan beliau diselami melalui beberapa tulisan akademik seperti Gerakan Pelajar-Mahasiswa Pembina Tamadun, Menangani Cabaran, Leadership Dynamism, Youth Renaissance dan terbaru Masyarakat Madani Idealisme Politik.

Banyak mengendali kursus dan seminar di dalam dan di luar negara serta pernah menjadi moderator dan ahli panel beberapa siri program terbitan televisyen Malaysia.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List