Rocky Bru cabar Rais lapor SPRM.....???

on Oct 21, 2010

Dalam reaksi segeranya, Blogger Rocky Bru mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim supaya membuat ;laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) jika beliau percaya ada pihak cuba ‘mengharubirukannya’.

Katanya ini sebagai memenuhi apa yang diwar-warkan oleh Rais sendiri.

Rocky, atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, berkata demikian sebagai menjawab kenyataan menteri itu kepada Agendadaily yang mengatakan beliau mempunyai hak membuat laporan polis ke atasnya berhubung posting di laman blognya.

Posting berkenaan dibuat pada 9 Oktober dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? Ialah berhubung desas desus yang mendakwa kononya anak seorang menteri ada kaitan dengan salah satu syarikat yang dapat kontrakmengendalikan perkhidmatan jalur lebar.

“Memang semua orang ada hak buat laporan polis. Anwar Ibrahim pun selalu buat laporan polis. Rais nak buat laporan polis, dia punya suka. Memang betullah kalau dia nak kata itu hak dia,” kata Rocky kepada Agendadaily..

Rocky bagaimanapun berkata beliau kesal kerana merasakan Rais tidak membaca blognya dengan teliti dan memahami maksud sebenar posting itu.

“Saya kesal kerana saya rasa dia tak baca posting saya betul-betul. Ia( posting pada 9 Oktober dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout?) adalah berbentuk satu soalan.Ia bukan tuduhan.Ia untuk memberi peluang kepada Rais membersihkan namanya.

“Tetapi kalau dia nak panjangkan cerita, saya minta Menteri Nogori ini tak perlulah pakai pegawai SKMM datang jumpa saya untuk pujuk jumpa dia.”ujarnya – Agenda Daily

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List