Kenapa TV3 Tidak Tunjuk Wajah Muhyiddin....???

on Oct 21, 2010

APA jadi TV3 dengan Muhyiddin Yaasin. Di skrin tv berkenaan sekejap tadi sewaktu para pemimpin dan perwakilan perhimpunan agung Umno menyanyI lagu Umno dan BN, tidak sekali pun wajah Muhyiddin dipaparkan di skrin tv.

Wajah semua pemimpin lain di clouse-up tetapi tidak wajah Muhyiddin Yassin. Baik semasa lagu Umno dinyanyikan maupun lagu BN di dinyanyikan kira-kira lima minit. Apakah ada arahan supaya wajah Muhydddin digelapkan ataupun dijauhkan dari mata penonton?

Antara wajah-wajah yang di clouse-up di sepanjang kedua lagu itu dinanyanyikan ialah wajah Mahathir, anaknya Mukhriz dan bila kedua lagu itu berakhir ia memberi fokus khas kepada Rosmah Mansor. Apakah ini disengajakan ataupun ada arahan?

Perkara ini mungkin kecil tetapi ia memberi impak besar kalau diperhatikan dan dinilai dari sudut politik. Apakah kerana timbul pertentangan idea dan pendekatan politik di antara kedua pemimpin berkenaan akhir-akhir ini. Muhyiddin mahukan perjuang Melayu diuatamakan tanpa bertolak ansur.

Misalnya penegasannya bahawa tidak ada apologetik untuk memperjuangkan Melayu kontras dengan pandangan Najib yang hendak membawa model politik baru yang mengambil pendekatan inklusif, sedarhana dan demokratik. Apakah puncanya di sini?

Tetapi nyata sekali apa dilakukan Tv3 sekejap tadi menenggelamkan sama sekali Muhyiddin Yaasib sebagai timbalan presiden Umno yang mana hal-hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan kerana ia boleh memberi tafsiran serong. Agenda memisahkan Muhyiddin dengan Najib mungkin sudah bermula.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List