Dalam liputan bertajuk "Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan" yang menyiarkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Umno, Malaysiakini hari ini memetik:
Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti Umno. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!
Saya teringat tindakan Dewan Rakyat yang menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila menolak soalan mengenai pembelian senjata dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara yang dikaitkan dengan Pemuda Umno.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan menghalalkan pembelian berjuta-juta senapang dan berpuluh-puluh ribu pistol, senapang submarine dan stand granite dari sumber-sumber rahsia di pasaran gelap luar negara. Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah kos dan butir-butir sepenuhnya serta hubungannya dengan latihan separa tentera Pemuda Umno.
Bagi Lim, jawapan bagi soalan tersebut adalah sangat penting.
"Ini adalah sangat mustahak oleh kerana sama ada benar muncul satu para military outfit dan disokong oleh kerajaan atau Mindef (Kementerian Pertahanan) secara tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang.
"Parlimen patut tahu supaya semua perkara boleh diambil perhatian," katanya.
Tindakan Dewan Rakyat menolak soalan itu menimbulkan persoalan adakah penolakan itu berpunca dari keengganan Najib menjawabnya. Jika benar Perdana Menteri enggan menjawabnya, ia menimbulkan tanda tanya mengapa beliau enggan menjawabnya.
Jika soalan yang dikemukakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu tidak benar dan tidak mempunyai asas sama sekali, tidak ada sebab mengapa soalan itu patut ditolak. Tindakan itu juga dengan sendirinya menimbulkan kecurigaan terhadap Perdana Menteri yang dilihat enggan bersikap telus untuk menjawab soalan tersebut.
Sumber :- http://penarikbeca.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment