PAS Sabah Sasar 5 Parlimen Dan 10 DUN Pada PRU 13

on Dec 2, 2011


“Sebelum ini, jika saya berjalan dengan isteri ke Kota Kinabalu, orang Cina tak senyum tetapi hari ini, kita bersama Pakatan Rakyat di Sabah begitu akrab. 

“Sekarang bila saya berjalan dengan isteri di Kota Kinabalu, orang Cina akan akan tangan dan senyum. Ini menandakan dia (rakyat) sudah kenal dengan kita (PAS). 

“Mereka (pengundi) sangat percayakan kepimpinan PAS, antaranya kerana pemimpin-pemimpin PAS tidak akan berganjak serta ada prinsip perjuangan. Ini suatu penghargaan dan pujian kepada PAS,” jelas Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminuddin Aling 

Menurut Mohd Aminuddin, beliau bersama rakan-rakan seperjuangan, yakin dapat membuat kejutan merubah lanskap politik Sabah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau berkata demikian setelah berkunjung hormat, menemui Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi di Rusila, Marang, pada Jumaat 2 Disember.

Katanya suasana pilihan raya dan ‘mood’ rakyat Sabah kali ini cukup baik dan berbeza, jika dibandingkan dengan situasi waktu lalu.

Malah, katanya jika pilihan raya berlaku sekarang ini PAS dijangka akan membuat kejutan “pecah telur” (permulaan) di Sabah.

“Suasana pilihan raya dan ‘mood’ rakyat di Sabah sekarang ini sangat baik dan menggalakkan. 

“Insya’Allah, pada pilihan raya kali ini jika kita (PAS) betul-betul bersedia, kita akan buat kejutan kerana berjaya “pecah telur” di Sabah,” ujarnya kepada Harakah.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman, di Rusila, Marang, 2 Disember lalu.

Menurutnya, PAS mampu membuat kejutan berdasarkan penerimaan dan keyakinan rakyat Sabah  terhadap kepemimpin PAS yang istiqamah serta teguh dengan prinsip perjuangan.

Kata beliau, hubungan PAS dengan masyarakat bukan Islam di Sabah cukup baik dan semakin diyakini.

Sehubungan itu, kata beliau pada pilihan raya umum akan datang PAS dijangka akan bertanding di lima kawasan Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah.

“Insya’Allah, pada pilihan raya (PRU) kali ini, lima kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun akan ditandingi oleh PAS daripada 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dun di Sabah ini,” ujarnya.

Tambah beliau kunjungan menemui Presiden PAS di Terengganu bagi menyampaikan maklumat tentang perkembangan parti serta kesediaan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum di Sabah.

Turut bersama Mohd Aminuddin ialah Setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List