SEBUT saja nama Jeffrydin, pasti ramai mengenalinya sebagai artis evergreen biarpun dibayangi kemunculan ramai artis baru.
Malah, artis 60-an yang popular dengan lagu seperti Siti Aida, Kenanganku, Seruling Anak gembala dan banyak lagi masih bertahan dan tidak ketinggalan mewarnai pentas seni tanah air ketika ini.
Namun bagi Datuk Jeffrydin atau nama sebenar, Jefrydeen Imbrom Soekaman, 64, zaman kegemilangannya seakan merundum berikutan kehadiran ratusan artis yang digilap dari rancangan hiburan berbentuk realiti dan juga kebanjiran terlalu ramai artis dari luar.
Beliau yang masih ligat di pentas, meluahkan isi hatinya yang masih terkilan dengan setiap bayaran yang diterima dari pihak penganjur untuk setiap persembahan disertainya.Katanya, tiada perbezaan nyata antara artis lama dan baru yang mana setiap yang dilahirkan sebagai artis punya kelebihan masing-masing dan peminat yang tersendiri serta kebolehan yang mungkin tidak ada pada orang lain.
Beliau yang masih ligat di pentas, meluahkan isi hatinya yang masih terkilan dengan setiap bayaran yang diterima dari pihak penganjur untuk setiap persembahan disertainya.Katanya, tiada perbezaan nyata antara artis lama dan baru yang mana setiap yang dilahirkan sebagai artis punya kelebihan masing-masing dan peminat yang tersendiri serta kebolehan yang mungkin tidak ada pada orang lain.
“Saya agak kesal bila melihat artis-artis baru diberi layanan kelas pertama dan terima bayaran jauh lebih tinggi untuk setiap persembahan mereka berbanding dengan bayaran yang sepatutnya diterima artis lama seperti saya.
“Jika lihat pada era 60-an dulu, setiap artis baru akan menerima bayaran paling rendah berbanding dengan artis lama memandangkan mereka tiada pengalaman dan masih baru dalam bidang hiburan yang disertai terutamanya nyanyian.
“Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, artis baru diberi layanan istimewa diusung ke sana sini dan disanjung begitu gah serta menerima bayaran RM6,000 hingga ke RM7,000 untuk setiap undangan pentas,” katanya ketika ditemui membuat persembahan di Karnival Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.
Jeffrydin berkata, apabila perkara itu diusulkan kepada penganjur, mereka seperti ‘kecut perut’ bimbang populariti artis-artis 60-an tidak mampu meraih keuntungan sekiranya dibayar dengan satu jumlah yang begitu tinggi.
Beliau yang dalam proses merakamkan single kedua bersama syarikat Luncai Emas Sdn Bhd berkata, ramai artis baru sekarang tidak menghormati artis lama dengan mencari publisiti murahan untuk mempopularkan diri mereka.
“Kalau masa era 60-an dulu, kami berkawan dengan wartawan bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi kami berkawan bagi mempopularkan lagu-lagu yang didendangkan. Buktinya, hingga kini lagu-lagu kami masih kedengaran.
“Mereka (artis baru) kini mudah gunakan pegawai perhubungan awam atau pengurus artis untuk menguruskan aktiviti mereka sedangkan zaman saya dulu kena bergerak sendiri dan tiada istilah mencari publisiti murahan,” katanya. Menurut Jefrydin, permintaan yang tinggi menyebabkan artis yang masih baru mengambil pembantu untuk menguruskan aktiviti mereka dan pihak penganjur terpaksa membayar lebih biarpun sedar kurang meraih populariti.
“Artis sekarang sakit gigi pun nak masuk majalah. Sebenarnya, bukan itu cara kita nak publisiti, banyak cara lain lagi nak tarik perhatian peminat. Artis dulu tak tahu buat perkara sebegini.
“Alhamdullilah, sokongan peminat terhadap lagu-lagu 60-an masih mendapat sambutan dan undangan pentas pun adalah dua atau tiga untuk setiap bulan cuma masalahnya sekarang bayaran kurang memuaskan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment