Wanita Umno Akui Tak Tahan Busuk

on Dec 2, 2011



Hahahaha..’kerana Umno sudah busuk,busuknya sudah sampai ke usus’ bukan aku kata,itu Tun M yang kata.

Patutlah semalam wartawan nak interview mak cik shahrizat ni ‘geleng geleng kepala’.
Apesal nak salahkan ‘pembangkang’ pulak…pakai akai laa sikit

PKR hanya dedahkan hasil laporan Ketua Audit Negara…hahahaha..Ada kemungkinan Ketua Audit Negara BOHONG ke ? dalam laporan audit negara..kalu kata hangpa macam orang tak sekolah, nak pulak …hahahaha

Sekarang siapa yang sendiri selak kain bro…kantoi

Nah …kan dah cakap makcik kain merah pun dah naik gelabah nak jawab isu ini..

Mak Cik Shahrizat tak payah laa selak selak kain..lagi baik tambah kain tudung tuu jangan duk biar tersembul jambul macam bik mama tuu…hahahaha

NFC: Pertahan Shahrizat tapi mahu penjelasan

Walaupun Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dikaitkan dengan isu Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) beberapa perwakilan Umno yang ditemui hari ini mempertahankan beliau tetapi menggesa beliau memberi penjelasan berhubung kontroversi itu.

Perwakilan Pahang, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mengadu kepada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa akar umbi menghadapi masalah untuk menerangkan isu yang melibatkan pemimpin parti.

“Tolong pemimpin teratas jangan buat kontroversi, kami di bawah susah nak jawab, yang terakhirnya NFC.

“Tolonglah presiden pastikan kemenangan untuk kita,” kata Wan Amizan ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Beberapa perwakilan yang ditemui Malaysiakini turut bimbang dengan timbul isuini.
Mereka bimbang ia membuatkan ada di kalangan akar umbi yang “percaya” dengan tohmahan yang dimainkan oleh pembangkang itu.

“Walaupun ianya tohmahan, ia juga akan menjejaskan parti. Ada akar umbi tetap akan percaya,” kata perwakilan Kota Raja, Misnan Ahmad.
Bahkan beliau juga mempercayai isu tersebut bagus didedah sebelum pilihan raya, kerana membolehkan pihak berkuasa menyiasat.

“(Bahkan) Umno juga tidak pernah melindungi pemimpin tidak betul,” katanya sambil menegaskan ianya tidak menjejaskan peluang Shahrizat sebagai calon boleh menang.

Perkara yang sama juga, dikongsi bersama oleh setiausaha Umno bahagian Telok Intan Yahaya Hasan yang mengakui akan ada di kalangan akar umbi yang mempercayai tohmahan pembangkang itu.

Sehubungan itu, kedua-dua perwakilan  mencadangkan supaya Shahrizat mengadakan majlis penerangan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kontorversi yang dikaitkan dengan beliau.

“Jelaskan di media tidak cukup, kena turun padang, mengerah jentera penerangan (Wanita) menerangkan perkara (sebenar yang berlaku),” kata Yahaya sambil menegaskan ia tidak menjejaskan Shahrizat.



sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List