UMNO Makin Terdesak, Hanya Mampu Maki Hamun

on Dec 2, 2011




Para penyokong dan ahli DAP diminta bertenang dan menggunakan akal rasional apabila mendengar provokasi-provokasi kurang ajar, dangkal dan tidak masuk akal oleh para pemimpin UMNO.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, serangan-serangan jijik dan tidak bermoral para pemimpin UMNO itu adalah bukti parti itu telah kering idea, dan mahu mengalih perhatian rakyat daripada masalah rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang teruk menyelubungi kerajaan Barisan Nasional.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks lucah, fitnah dan bahasa kotor pimpinan UMNO.

“DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tata kelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib Pakatan Rakyat dan DAP berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme… Bukan berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, apa yang nyata ialah semua ibu bapa di Malaysia berasa jijik dengan bahasa-bahasa kotor digunakan oleh sebahagian pemimpin UMNO.

Beliau berkata demikian merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin yang telah mengeluarkan fatwa politik bahawa sesiapa yang menyokong  DAP adalah “bangsat” sewaktu berucap di Perhimpunan Agung UMNO semalam. Pemimpin UMNO itu juga melabelkan PAS dan PKR sebagai “bapok” dan “pondan”.

Katanya, Shaik juga memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

“Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70 peratus aripada tindakan di Pulau dan 85 peratus di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.

“Shaik mungkin boleh menipu rakyat dari luar Pulau Pinang tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan malah disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau Pinang,” ujarnya.

Menurut Guan Eng, tembelang Shaik dan UMNO pecah apabila menyarankan supaya UMNO mendominasi Melayu di Pulau Pinang, yakni memperlihatkan kerakusan kuasa yang tidak mempedulikan keputusan rakyat serta membuktikan 1Malaysia hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia.
“Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan persaingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

“Mungkin aksi memalukan oleh wakil Pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan “tweet”nya yang berbunyi: “Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”, yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan kononnya saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal (yang tidak wujud) itu”.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO.
“Tiada pula disebut mengenai skandal lembu dan kondo membabitkan keluarga seorang Menteri. Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi sebelum perjanjian ditandatangai oleh kedua-dua pihak.

“Semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah,” katanya merujuk kepada skandal fidlot NFC. 

Roketkini.com



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List