UMNO Saran Kerajaan Wujud Zon Larang Demo Di KL

on Dec 2, 2011


Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mencadangkan kepada kerajaan supaya menimbangkan mewujudkan kawasan khas atau 'zon bebas' daripada demonstrasi atau perhimpunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini kerana, dakwanya, ramai peniaga kecil khusus di Jalan Tunku Abdul Rahman mengalami kerugian jika berlakunya sesuatu perhimpunan atau demonstrasi.

"Kita tidak mahu lagi apa yang berlaku pada 9 Julai lalu apabila pembangkang melancarkan perhimpunan  BERSIH," katanya.

"Kawasan bebas ini perlu supaya peniaga tidak berasa tempias dan mengalami kerugian akibat daripada kumpulan yang tidak bertamadun yang kononnya mahu menegakkan demokrasi dan kebebasan bersuara," tegasnya.

Dakwanya, kira-kira RM1.5 juta peniaga kecil di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalami kerugian semasa perhimpunan itu, antaranya di Jalan Tunku Abdul Rahman.


Bercakap membahaskan usul ekonomi, Abdul Azim, sehubungan itu juga menyokong penuh Akta Perhimpunan Aman 2011.

Sementara itu, Abdul Azim yang juga ketua Umno Bukit Bintang mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan satu tabung amanah untuk penduduk Kampung Baru yang tidak bersetuju tanah lot mereka dimajukan susulan Akta Pembangunan Kampung Baru.

"Kita tidak perlu tunggu untuk semua pemilik tanah bersetuju sebelum pembangunan dapat dijalankan.

"Bagi pemilik tanah yang tidak bersetuju dengan pembangunan tanah yang dijalankan, bahagian mereka ditempatkan dalam tabung amanah ini.

"Umno Wilayah yakin, apabila mereka melihat dan mendapat manfaat hasil pembangunan yang dilakukan atas tanah mereka itu, pasti akan memberi persetujuan terhadap usaha itu," katanya.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List