UCAPAN perasmian Persidangan Agung UMNO oleh Presidennya merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi tidak banyak menarik minat penulis.
Pertama kerana ianya ucapan perasmian mesyuarat UMNO – parti yang sedang nazak dan kedua, penulis melihat Najib penting sekarang kerana hanya dia yang mempunyai jawapan kepada persoalan popular dikala ini – tarikh pembubaran parlimen dan seterusnya pilihanraya.
Walaupun dikalangan pengampunya, ia disifatkan sebagai antara yang terbaik, penulis sebagai rakyat Malaysia pula tidak langsung melihatnya begitu, maklum sajalah.
Tapi untuk membiarkan saja ucapan Najib tanpa penelitian rapi akan intipati yang cuba disampaikan, tidak mungkin sama sekali. Itulah yang membawa kajian ringkas penulis terhadap ucapan Najib dan menemui satu kejutan yang luar biasa - ucapan itu langsung tidak menyentuh untung nasib masyarakat di bandar.
Kelihatannya Najib dan UMNO pimpinannya sudah hilang harapan dengan masyarakat bandar yang berulangkali menolak parti tersebut dan BN seperti mana dibuktikan dalam beberapa pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak yang baru lepas. Penolakan total masyarakat bandar terhadap BN menyebabkan fasa berikutnya pula berjalan iaitu memulaukan masyarakat bandar dan memberi perhatian kepada masyarakat luar bandar.
Penulis melihat ini sebagai suatu yang tidak matang dibuat oleh orang yang bertaraf sepertinya. Najib seolahnya mahu memaksa masyarakat bandar untuk menyokong BN atau menghadapi tindakan pemulauan oleh pihak kerajaan. Ini bermaksud tiada kebebasan, mahu tidak mahu perlu undi BN juga.
Sedikit yang Najib ketahui, masyarakat bandar kurang terpengaruh dengan politik rasis, masyarakat bandar kurang mahu mengenang sejarah kerana apa yang lebih penting ialah masa hadapan. Tidak mustahil kenapa Pakatan Rakyat menjadi pilihan masyarakat bandar, kerana Pakatan Rakyat merencanakan masa hadapan yang lebih baik, bukan mengenang masa silam yang sudah lepas.
Begitu juga dengan soal perkauman yang menjadi dasar parti UMNO (yang hanya mengutamakan satu kaum saja), ia tidak terpakai dikalangan masyarakat bandar kerana tarikan ekonomi mengatasi apa yang lain. Masyarakat bandar tidak ada masa untuk memikirkan soal orang melayu atau soal orang cina ke, yang mereka tahu ialah bagaimana nak dapat lebih wang untuk menyara kehidupan!!
Secara tidak langsung membuktikan bahawa UMNO gagal untuk menarik kembali sokongan masyarakat bandar sejak pilihanraya umum 2008 berakhir. Penulis harap Pakatan Rakyat dapat mengambil peluang ini dengan mengukuhkan terus cengkamannya di kawasan-kawasan bandar tapi dalam masa yang sama berusaha keras untuk mempromosi dasar Pakatan Rakyat dalam membela masyarakat luar bandar.
Mungkin sampai masanya Pakatan Rakyat ‘mengurangkan’ sedikit penumpuan di bandar-bandar kerana jelas sekali masyarakat cina yang menjadi majoriti di bandar akan terus memberikan sokongan kepada kita dan mengutamakan masyarakat luar bandar pula.
‘Janji Palong’ yang memberi penumpuan kepada masyarakat Felda perlulah dijadikan sebahagian daripada buku Jingga dan disebarkan ke serata penempatan-penempatan Felda diseluruh negara, bukan terhad kepada satu kawasan kecil di Negeri Sembilan sahaja.
sumber
0 comments:
Post a Comment