Umno Sudah Nampak Jalan Rampas Selangor...?

on Dec 2, 2011



Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.

Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.
azlan“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.

Tak hebat mana

Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya.

azlanTurut menjadi sasarannya adalah pakar perlembagaan dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi kerajaan.

“Saya cabar profesor Melayu ini letak jawatan segera dan masuk politik sebenar. Jangan guna institusi akademik untuk perlekeh kesultanan Melayu. UMNO akan pertahankan raja-raja Melayu

“Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...” laungnya. 

Beliau juga membidas kerajaan negeri Selangor yang meletakkan semua projek mega di bawah MBI (Menteri Besar Incorporated). 
Selain itu, dakwanya, pusat-pusat maksiat tumbuh “macam cendawan tumbuh musim hujan” di bandar-bandar utama seluruh Selangor.
prostitution, desa mentari, police raid“Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game.

“(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan,” katanya.

Tikam belakang

Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu.

“Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan  negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.
NONEJohan juga meminta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno supaya turun padang bagi berkempen dan tidak mengharapkan tanggungjawab itu dipikul semata-mata oleh presiden dan timbalan presiden.

“Kalau nak perubahan besar ia mestilah bermula dari atas. PM dan TPM tak menang tangan turun padang di Selangor. Ahli Majlis Teringgi bantulah terutama di negeri-negeri yang tewas.

“Kalau gerak kerja seperti pemilihan Umno, sudah pasti kita boleh menang besar bukan sahaja di negeri yang menang, malahan di negeri kalah.

“Kalau MT sanggup berkorban 10 kali ganda, kami sanggup keluarkan 100 kali ganda,” katanya.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List