Blogger UMNO Merajuk...?

on Dec 2, 2011


1. Saya tidak ke PAU kali ini kerana beberapa sebab antaranya saya bukanlah perwakilan Bahagian serta sebagai seorang blogger saya tidak mendapat undangan dari Bahagian dan Negeri dimana buminya saya pijak dan langitnya saya junjung. Bagaimanapun saya tidak terlalu pedulikan - 'No hard feeling'!

2. Saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku seperti sebelum ini; ucapan berapi-api dan penuh rentorik para pemimpin, pantun dan seloka serta puji-pujian, tepuk sorak serta ampu-mengampu - inilah UMNO dan budayanya dari sejak dulu lagi. Apakah UMNO sudah berubah? Baca Sini

3. Dipentas, semuanya bercakap berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara namun hakikatnya kepentingan dirilah yang diutamakan melebihi segalanya. Pemidato-pemidato tak lebih dari badut-badut yang melawak untuk menghiburkan penonton untuk mendapat tepukan gemuruh, namun hakikatnya mereka tidak lebih dari pemain dalam pertunjukan sarkas.

4. Sahabat saya APA merakam rasa kecewanya apabila beliau yang hadir untuk menonton sarkas namun tanpa sedar telah dijadikan bahan tontonan di sarkas berkenaan. Saya bersetuju apabila beliau merakamkan kekecewaannya diblog beliau. (Klik ke blog APA)

5. UMNO adalah parti dimana ramai orang-orang hipokrit berkumpul. Setiap yang diakukan semasa persidangan hanyalah lakonan semata-mata - senyuman, salaman, tepukan, teriakan....segalanya adalah lakonan. Jika mereka berjanji mereka akan lupa...mereka pandai menanam tebu ditepi bibir!

6. Kepada sahabat blogger, selepas PRU nanti seandainya UMNO / BN masih lagi memerintah, tanduk tidak akan berguna lagi, mereka akan mencari rotan dan membuang akar-akar yang ada. Blogger-blogger pro kerajaan sudah tidak diperlukan lagi, tentera upahan sudah tidak bernilai lagi kerana mereka akan membangunkan tentera mereka sendiri. Semoga jangan ada lagi yang bermimpi. UMB dan Blogger Patriot akan mengisi segenap ruang. Kamu akan dipinggirkan.....!

7. Jangan tidak percaya bahawa pakatan pembangkang lebih menghargai pengamal media sosial dari kerajaan sendiri. Tanyalah Milosuam atau Topeng Perak, atau Yob Tualang Sekah atau Tukar Tiub bahkan ramai yang mengakuinya. UMNO akan biarkan kita berjuang untuk mereka, bila tiba waktunya mengibarkan panji-panji kemenangan, mereka akan tampil kehadapan dan kita akan disisih.

8. Harap kita tidak lupa bahawa satu ketika kita blogger dipanggil sebagai 'beruk' namun orang itulah yang akhirnya membayar untuk 'beruk-beruk' menulis bagi mengangkatnya. Siapa mahu kata apa? Maaf sahabatku APA dan lain-lain blogger, kamu memang tidak berharga dan tidak dihargai bahkan memang kamu semua tidak dikehendaki terutama apabila tiba masa membahagikan 'harta rampasan perang'.

9. Justeru, menulislah dengan keikhlasan atau berhentilah jika dalam hati merasakan begitu lebih wajar supaya tiada rasa kecewa dalam hati. Baca Sini



sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List