Umno: DAP pasti lantik bukan Melayu PM

on Dec 2, 2011






DAP akan meletakkan bukan Melayu sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, demikian ramalan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang turut menekankan keresahan orang Melayu akan hilang kuasa dan hak.
Jika DAP yang didominasi kaum Cina gagal maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melantik “perdana menteri boneka” sebagaimana pernah disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada Mac 2008, kata Ketua Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat jatuh pada awal 2009 selepas tiga wakil rakyat masing-masing dua dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti.
“Mereka cuba dengan keras di Perak. Jadi, jika jawatan MB (menteri besar) pun mereka berminat, mengapa tidak jawatan PM (perdana menter)?
“Saya pasti itu yang mereka mahukan. Jadi, jika tidak boleh, mereka akan berkompromi dan meletakkan seseorang menjadi boneka seperti Nizar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini.
Tajuddin menjelaskan bahawa ini boleh berlaku di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.
DAP kata Tajudin, akan muncul sebagai sebuah parti yang dominan manakala PAS pula tidak akan ada sebarang kedudukan atau kuasa.
“Berapa kerusi yang PAS bertanding? Kurang daripada 60. Untuk membentuk kerajaan, mereka memerlukan lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.
“Anda tahu bahawa secara semula jadi rakan yang dominan akan memegang lebih banyak kerusi,” katanya.
Pendirian Tajudin ini selari dengan keresahan kebanyakan ahli Umno bahawa parti itu akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin yang lantang bersuara ini juga mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat jika menjadi kerajaan alternatif kepada  Barisan Nasional (BN) sambil berkata ia kekurangan pemimpin-pemimpin berpengalaman, ekonomi negara akan tergugat dan mengakibatkan ketidakstabilan.
Beliau juga memberi amaran khususnya kepada komuniti Cina bahawa perniagaan dan kehidupan mereka akan paling terjejas di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.
“Malah masyarakat Cina, saya mahu memberitahu anda, anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat. Di bawah situasi sedemikian, tidak akan ada apa-apa bisnes. Pasaran saham akan jatuh 70 hingga 80 peratus. (Nilai) pasaran RM5 akan jatuh sehingga 50 sen dan akan menjadi kertas tandas,” kata beliau.
“Siapa yang akan menderita? Anda fikir (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) atau (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) boleh menguruskan ekonomi negara? Sesiapa sahaja di PAS? Anda boleh lihat kelayakan mereka,” katanya.
Selain PAS, Tajuddin juga menyerang keupayaan personaliti-personaliti lain seperti Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin DAP iaitu Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, penasihat Lim Kit Siang, Pengerusi mereka Karpal Singh dan Setiausaha Publisiti Tony Pua.
“Anwar Ibrahim? Tidak. Beliau tidak tahu apa-apa tentang ekonomi. Anda jangan ketawa sebab saya pernah bersama dengan beliau di universiti. Beliau belajar sastera, pengajian Islam. Sudah pasti beliau seorang pemidato yang baik,” kata Tajuddin beliau pernah bersama dengan Anwar ketika zaman politik pelajarnya, malah pernah berkempen baginya ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1982.

Ini dia orang yang cakap tu.....Dengan dreber pun dia tak boleh settle nak cerita pasal negara....piraaaah


sumber :- malaysianinsider
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List